Badrul Muhayat buka cerita, jelaskan apa yang berlaku tentang isu ambil anak

5,864 views

Pelakon Badrul Muhayat akhirnya tampil memberi kenyataan dan kisah dari side dirinya setelah bekas isterinya bernama Julia ada menulis beberapa posting di laman media mengatakan Badrul membawa lari dua orang anak mereka.

Julia turut membuat laporan polis dan mendakwa pintu rumahnya telah diumpil. Setelah luahan dan posting dari Julia itu viral, Badrul telah menghantar semula dua orang anak mereka kepada Julia.

Sungguhpun kes berkenaan boleh dikatakan dah selesai selepas Badrul menghantar anak pulang, pelakon berumur 53 tahun ni menafikans egala tuduhan bekas isterinya itu.

Ini komen dari Badrul Muhayat melalui laporan Harian Metro.

“Saya bukannya menculik anak-anak saya tu, tetapi saya ambil mereka atas permintaan anak-anak sendiri. Saya pun tidak tahu bagaimana kenyataan dia kata saya ni sampai menculik anak.”

“Semua itu memang tidak betul sama sekali. Anak saya yang contact saya dan minta saya untuk ambil mereka. Memandangkan sekarang cuti sekolah. Dan ramai sepupu mereka ada di Kuala Lumpur.”

“Nak buat apa saya buat hal sedemikian, perkara yang macam orang tak waras macam tu.”

Kata Badrul Muhayat lagi, kesan pintu diumpil itu pun tak betul, apatah lagi anak-anak semua pun ada kunci rumah.

“Anak saya yang minta saya ambil. Mereka dah beritahu bekas isteri seminggu sebelum ini. Saya ambil anak-anak di rumah mentua dan ianya jadi kecoh tetapi mereka benarkan saya ambil mereka juga.”

“Kesan umpilan di pintu itu memang tak benar. Anak-anak saya ada kunci sendiri.”

Badrul Muhayat kemudian kini sedang memikirkan sama ada perlu ambil tindakan, kerana namanya telah menerima pandangan serong.

“Saya kini tengah fikir langkah terbaik untuk tindakan, tapi tengok keadaan. Sebab inikan melibatkan anak saya, nanti tidak elok pula.”

“Kemudian saya dipersoal tentang nafkah, takkanlah saya tak beri nafkah, adakah saya ni kurang waras. Dia tak ingat saya yang tanggung anak, saya bayar setiap bulan duit pengasuh.”

“Apa yang mampu, yang saya ada, saya beri. Saya dah tak berlakon lebih kurang tujuh tahun sebab saya dah balik Johor. Oleh itu saya beri nafkah ikut kemampuan saya. Kadang-kadang RM1000, RM500 dan RM300, hanya ikut kemampuan.”

Badrul bercerita bekas isteri kini dah kahwin lain dan suami barunya tiada masalah dengan dirinya.

“Bekas isteri dah kahwin lain beberapa tahun lalu. Suaminya tak ada hal dengan saya. Saya pun tak suka ada isu dengan sesiapa, namun tak sangka secara tiba-tiba jadi macam ni.”

“Bukannya saya nak ambil anak dan simpan lama-lama. Budak apa yang mereka tahu. Sekarang mereka dah malu nak pergi sekolah dengan tindakan tak waras ibunya itu.”

Badrul Muhayat dan Julia mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan iaitu Nur Delisha 14 tahun dan Badrul Hidayat 11 tahun.