“Tiada istilah melanggar SOP” Wedding Uqasha dan Kamal, ini komen Raysha Risroze

10,282 views

Majlis perkahwinan pelakon terkenal Kamal Adli dan Uqasha Senrose didakwa telah melanggar SOP dan kini menjadi perhatian umum dan juga pihak berkuasa.

Menjelaskan tentang apa yang terjadi, adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose berkata, sebenarnya majlis yang berlangusng pada 15 Disember itu mengikuti SOP yang ditetapkan.

Bekas juara Dewi Remaja ini menjelaskan, semua tetamu yang datang, wajib pakai face mask serta dah buat ujian saringan dan juga lengkap vaksin. Ini komen Raysha kepada Harian Metro.

“Tak ada istilah langgar SOP kerana jumlah tetamu yang datang amat terhad dan dah pun ikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.”

“Semua tetamu yang datang pada terdiri dari ahli keluarga serta dan rakan rapat saja.  Hadirin semua wajib buat ujian saringan, dan wajib lengkap dua dos vaksin. Semua juga kena pakai face mask, dan hendaklah scan my sejahtera. Malah kanak-kanak juga tidak dibenarkan masuk.”

Tentang video yang viral, Raysha mengatakan apa yang terjadi ialah ketika selesai sesi bergambar bersama pasangan pengantin.

“Video yang viral itu selepas sesi photo dengan pengantin. Masa itu saudara-mara dan kenalan rapat ada yang buka face mask kejap (untuk bergambar).”

“Takkanlah ketika menjamu selera pun kena pakai face mask. Sesi bergambar pun ada tetamu yang pakai face mask. Saya mahu tegaskan tak ada istilah kami tak ikuti SOP.”

Jelas pelakon ini, dia juga bersedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa memanggil untuk memberi kenyataan.

“Kalau pihak berkuasa panggil, saya memang dah sedia untuk memberikan kerjasama. Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang diadakan hari tu pun merupakan hasil kerjasama dengan pihak Astro, antara station TV yang amat pentingkan SOP.”

Itulah kenyataan dari Raysha Rizrose, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose tentang isu melibatkan perkahwinan Uqasha dan Kamal Adli yang dikatakan melanggar SOP.

Dari laporan beberapa media, polis kini sedang buka kertas ekoran ada video majlis perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Serose yang diadakan di sebuah villa di Genting Highlands, dilihat seakan tak ikut SOP.