“SOP di Arab hauk, memang kelaut” Ifa Raziah

6,342 views

Ifa Raziah baru selamat pulang ke Malaysia setelah mengerjakan umrah baru-baru ini. Penyanyi dan pelakon ini akui sebenarnya SOP di Arab Saudi agak teruk jika nak dibandingkan dengan tanah air.

Antaranya ialah jika di Arab Saudi, kalau seseorang itu ada wang, semua akan mudah dan tak dipandang serius.

Malahan ianya termasuk juga dengan result swab test atau ujian saringan.

“Semasa kat sana, saya berani cakap bahawa sekiranya seseorang itu ada wang, semuanya jalan termasuk result swab test yang tak dipandang serius di sana.”

“SOP di sana memang ke laut dan hanya dipandang remeh. Orang bertembung, berkumpul, berpeluk sana sini.”

“Bila sampai sana, saya jadi terkejut kerana bagaikan tak ada virus yang sedang menular.”

“Apabila pulang semula di Malaysia, baru saya rasa selamat dan untuk itu, terima kasih dan syabas kepada menteri, Khairy Jamaluddin dan pihak Kementerian Kesihatan sebab amat tegas dengan SOP.”

Jelasnya lagi, hanya mereka yang pernah ke sana ketika musim Covid ini saja yang tahu keadaan yang berlaku.

“Hanya mereka yang alami dan pernah ke Tanah Suci dalam musim Covid ni saja yang tahu dan faham apa yang Miss Diva cakapkan ini.”

Untuk info selebriti serba boleh ini telah mengerjakan ibadah di Tanah Suci bermula 8 Disember dan selamat pulang ke Malaysia pada tarikh 22 Disember. Ifa Raziah juga baru saja selesai jalani kuarantin di rumahnya.

Ifa Raziah juga mengulas tentang isu jemaah umrah yang naik angin, dengan mengatakan apa yang dilakukan oleh kerajaan itu patutnya dibuat dengan lebih bersistematik apatah lagi kebanyakkan yang mengerjakan umrah agak kepenatan serta meruapkan mereka yang dah berusia.

“Saya percaya apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin dan kementeriannya adalah demi kebaikan bersama-sama. Saya rasa memang sesuatu yang wajar kerajaan bertegas dengan mereka yang baru pulang dari luar negara.”

“Kerajaan dah beri peluang ke luar negara, buat umrah dan pergi banyak tempat, jadi bila dah pulang ke negara ini pastikan kita tidak jadi pembawa. Senang cerita, kita kena pergi dan pulang dengan rasa tanggungjawab.”

Itulah kenyataan dari Ifa Raziah seperti yang dilaporkan oleh portal Kosmo.