“Bahasa bakar line, aku tak menyorok la” Syamsul Yusof naik angin dengan wartawan

4,145 views

Ini sedikit update tentang pengarah terkenal Syamsul Yusof. Malam tadi telah berlangsung majlis tayangan perdana untuk filem Mat Kilau. Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Apabila majlis tayang perdana filem ini dijalankan, dah tentunya antara individu yang paling dinantikan ialah pengarah filem berkenaan.

Namun nampaknya Syamsul Yusof langsung tak kelihatan dan tidak datang.        

Dek kerana itu, portal Mstar, ada membuat satu artikel yang bertanya dimanakah Syamsul Yusof menyorok.

Dari laporan itu, wartawan dari Mstar dikatakan telah mencari Syamsul Yusof sehinggalah ke ruangan parking.

Melihat artikel tersebut, akhirnya Syamsul Yusof memberi respon menerusi satu posting di laman media sosial miliknya.

Syamsul Yusof ternyata kurang senang dengan artikel berkenaan dan mengatakan dia akan datang untuk cari penulis tersebut.

“Wuh bahasa. Memang bakar line nampak Mstar. Aku tak menyorok la SlAL.”

“Korang nak aky datang ke office Mstar, untuk cari siapa penulis ni ke. Nak kena sembur depan muka.”

“Ni barang tak main-main kat laman media saja. Korang cabar aku, aku akan sampai dan aku akan cari. Silap korang la mahu cari pasal, memang silap orang la wartawan SlAL.”

“Nanti abang akan sampai okey. Ini lah dia, kita ni tak cari pasal, tapi dia pula yang cari pasal. Bila kita balas, kita pula yang kena nanti. Kau tunggu saja lah Mstar.”

Selain itu Syamsul Yusof juga menyelar tindakan artikel itu yang tiada nama penulisnya.

“Pandai pula sekarang ni untuk tulis artikel lepastu tidak letak nama penulis wartawan ni. Hanya tulis oleh mstar saja. Kenapa eh, takut ke.”

Ini komen penuh dari Syamsul Yusof.

Nama Syamsul Yusof naik ketika ini ekoran isu yang sedang melanda rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana, dan juga kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar.