“Dr Azra jangan nak menyorok” Ellie Suriaty sound Dr Azra Diera

2,440 views

Ellie Suriaty membuat kenayataan risau dengan kisah bekas suaminya, Azri Iskandar. Ini ada kaitan tentang hubungannya dengan wanita bernama Dr Azra Diera.

Walaupun sudah bergelar bekas isteri, Ellie meluahkan rasa tak sedap hati melihat identity Azra itu, yang baginya bagaikan tida wujud.

Kata Ellie, dia harap Dr Azra itu akan munculkan dirinya kepada public.

“Saya sebenarnya tidak kisah pun kalau Azri dah mencintai orang lain, cumanya saya kurang senang tengok dia dengan kisah dia yang keluar baru-baru ini. Oleh itu, saya nak minta agar Dr Azra agar dapat munculkan diri.”

“Anak-anak dan kawan saya memang dah ada mencari siapa gerangan Dr Azra ini termasuk search di Internet. Sampai sekarang memang tak jumpa info tentangnya. Siapa dia ni sebenarnya.”

“Adakah dia cuba nak menipu atau pun dia ni merupakan peminat. Saya tak tahu apa permainan dia. Kalau betul bercinta janganlah nak menyorok. “

“Kalau dia tu betul wujud, mengapa ketika pihak Melodi hubungi, dia beri alasan sibuk dan cuba nak mengelak. Kenapa bagaikan nak memalukan Azri. Hidup ini kena ada kebenaran dan jangan nak mempermainkan hidup orang.”

“Dia pun tak pernah ada tanya tentang anak-anak saya. Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional, tentang ksaih ayahnya, dah pastilah anak-anak mahu ambil tahu.”

Dalam pada itu, Ellie Suriaty berharap orang luar tak akan terus menerus mengata bekas suaminya itu.

“Kalau dia nak nikah lain, itu merupakan pilihannya. Saya ucapkan selamat berjaya dan saya harap wanita yang akan bersamanya akan ikhlas dan jangan lah nak sorokkan diri sebab menyorok ini adalah kerja serta sikap orang yang pengecut.”

Itu komen Ellie Suriaty tentang kekasih Azri Iskandar iaitu Dr Azra Diera, dari laporan Harian Metro.