“90 peratus telah diolah” Ini kenyataan Syamsul Yusof

9,817 views

Pengarah terkenal Syamsul Yusof akan tampil dengan filem terbarunya berjudul Mat Kilau. Filem ini mengambil tokoh terkenal Mat Kilau, seorang ahli sejarah yang berjuang demi negara Malaysia.

Sempena filem ini, semalam telah berlangsung tayangan perdana filem Mat Kilau. Namun sebagai pengarah, Syamsul Yusof langsung tidak kelihatan dan majlis tayang perdana berkenaan.

Berkenaan filem ini, Syamsul telah mengeluarkan satu kenyataan setelah ada pihak yang kurang berpuas hati dengan skrip serta jalan penceritaan filem Mat Kilau.

Ini kerana, dikatakan jalan ceritanya sedikit berlainan dengan sejarah sebenarnya yang berlaku.

Menjawab rasa kurang senang ini, Syamsul menulis kenyataan mengakui dia sendiri yang mengolah skrip dan jalan cerita untuk disesuaikan dalam filem Mat Kilau ini.

“Dari skrip yang asal, 90 peratus telah diolah oleh saya dan juga Rizal Ashraf. Rombakan besar dibuat untuk skrip tersebut mengikut kehendak saya sebagai pengarah dan penulis.”

“Kepada yang rasa, dan nampak metaphor perjuangan Melayu, anda merupakan target audience saya.”

“Buat yang tak suka, nanti janganlah pula nak menuding jari kepada penulis asal sebab saya yang olah skrip, jalan cerita dan dialog. Ianya dibuat untuk hasilkan format filem sejarah bangs ayang lebih baik.”

“Saya tahu akan ada segelintir penonton Melayu akan akan rasa kurang senang dengan beberapa dialog serta babak dalam filem Mat Kilau nanti.”

“Memang saya dengan sengaja mempersembahkan sedemikian sebab itulah hakikat sebenar dan semangat Perpaduan Melayu yang kian pudar pada hari ini. Harap filem ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Mat Kilau akan ditayangkan next week, let’s go, jom tengok.”

Demikianlah kenyataan dari pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof tentang jalan cerita filem ini.

Sehingga kini, Syamsul Yusof hanya fokus untuk kerjanya dan tidak ada membuat sebarang kenyataan tentang kisah peribadinya.