Pelakon Faye Kusairi telah alami dugaan apabila disahkan hidap Bell Palsy, iaitu lumpuh di separuh wajahnya akibat kelemahan otot di muka.
Kini dah seminggu Faye Kusairi alami symptom ‘muka senget’ itu, dan mengatakan ianya akan pulih dalam beberapa minggu, dengan izinnya. Jom baca komen dari Faye Kusairi tentang hal yang menimpa dirinya ini.
“Saya tahu ramai yang amat risau tentang keadaan menimpa saya kerana nampak jelas muka saya dah senget. Namun, kepada semua, janganlah terlalu risau kerana saya okay. Ini pengalaman hidup saya dan saya pun dah terima dengan hati terbuka”.
“Pengalaman ini buat saya untuk muhasabah diri. Syukur sebab doktor ada beritahu bahawa keadaan diri saya semakin baik. Sakit ini tak kekal, sebaliknya ianya akan sembuh dalam tempoh lebih kurang dua minggu. Insyaallah saya akan sembuh”.
Dalam pada itu, ramai yang terlihat astu post dari bekas isteri suami Faye Kusairi iaitu Elly Mazlein. Di laman Ig miliknya, Elly Mazlein ada menulis doa untuk seseorang, yang mana berkaitan tentang kesihatan seseorang.
Elly Mazlein ada mendoakan agar seseorang itu supaya cepat sembuh, namun tak ada nama yang ditulis secara specific.
Ini tulis Elly Mazlein: “Tak ada tepukan, tak ada hilai ketawa. Hanya yang ada, doa aku untuk kamu. Semoga semuanya dipermudahkan, semoga cepat sembuh”.
Diruangan komen, rata-rata mengandaikan bahawa Elly mazlein mendoakan buat Faye Kusairi kerana waktu dia post lebih kurang sama dengan waktu Faye Kusairi diketahui sedang menghidap Bell Palsy.
“Terbaik Kak Lina Pompom, doakan orang sebelah sana. Baiknya hati” Itulah antara komen yang ditulis oleh para followernya”.
Untuk pengetahuan, beberapa tahun lalu, Elly Mazlein berpisah dengan pengarah drama Azmi Hatta. Kemudian, Azmi telah bernikah dengan Faye Kusairi. Tak lama kemudian, ada beberapa isu melanda Elly Mazlein dan juga bekas suaminya itu, namun kini semuanya telah reda, malah Elly Mazlein sedang bahagia bersama suaminya, Cikgu Azlan.