Balik dari balai polis, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada gaduh lagi

494 views

Pelakon Hafidz Roshdi, 30 tahun dan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada yang lebih dikenali dengan panggilan Shu, sekali lagi menjadi tumpuan ramai ketika ini. 

Dikatakan, kedua dua mereka telah pun hadir ke balai polis semalam, untuk selesaikan isu yang melanda. 

Namun nampaknya, selepas pulang dari balai polis, mereka berdua masih lagi berkelahi di antara mereka. 

Malam tadi, Hafidz dikatakan telah muatnaik paparan laporan tentang dirinya. 

Hafidz melabel bekas isterinya sebagai janda penfitnah, penipu dan juga kaki pusing. 

Ianya ekoran isu tentang penyebaran dokumen melibatkan kes mahkamah. 

Ini yang di muatnaik oleh Hafidz Roshdi. 

“Bukti mana, kaki spin. Minta bukti, tiba-tiba sentuh bab kebahagiaan kerana nak elakkan dari diminta bukti.” 

“Saya ulang, mana bukti sahih.” 

“Jangan nak spin cerita lain. Bukti mana, nak elak ke.” 

Tak lama kemudian, Shu pula membalas di media sosial miliknya. 

Shu melabel bekas suami itu seakan kebudak budakkan kerana patutnya hal itu dah selesai di balai polis. 

Katanya, dia pun dah malas nak layan, dan malas nak tunjuk bukti yang diminta. 

“Kau ni dah kenapa pula ni. Awat childish sangat ni.” 

“Tadi dah settel kat balai kan.” 

“Kau ni nak apa weh.” 

“Ko tak bahagia ke, kesian sangat hidup kau ni. Mengucap banyak Matpit oi.” 

“Memetik tentang tunjuk bukti tu, kalaulah aku tunjuk bukti lepas tu apa guna aku gigih buat police report, nak kau deleted pakcik.” 

“Lepas tu nak aku tepek pula, banyak sangat benda aku ada tetapi dah malas dah, semak gila rasa ada manusia macam ni dalam dunia, minta pupus.” 

Shu yang tengah membara berkata, sikap bekas suaminya itu adalah bukti dia bukan suami yang baik. 

“Memetik keperibadian si polan ini, semua boleh menilai tahap IQ dan EQ dia, inilah bukti si polan ni bukan lelaki yang bagus sebagai suami dan juga bapa, sekian.” 

Itulah kejadian yang berlaku baru-baru ini di antara Hafidz Roshdi dan juga Nurul Shuhada.