Jawapan Hafidz Roshdi tentang mesej Whatsapp yang didedahkan bekas isteri

307 views

Nurul Shuhada telah mendedahkan dua mesej yang agak tak sesuai untuk tatapan umum baru-baru ini. 

Ianya dikatakan dihantar oleh wanita yang dilabel sebagai pelakor kepada dirinya. 

Perbualan itu, menunjukkan perbuatan di antara Hafidz Roshdi, yang ketika itu masih bergelar sebagai suaminya, dengan wanita berkenaan, yang dikatakan wanita yang merampas kebahagiaan rumah tangganya sebagai orang ketiga. 

Mesej berkenaan telah menimbulkan banyak tanggapan tentang apa yang berlaku sebelum Shu dan juga Hafidz berpisah. 

Ini mesej whatsapp berkenaan.

Malahan mereka berdua telahpun ke balai polis untuk selesaikan hal berkenaan. 

Sebelum ini, Hafidz mengambil tindakan untuk tidak memberi sebarang kenyataan tentang mesej berkenaan. 

Namun hari ini, melalui laporan Mstar, akhirnya Hafidz tampil memberi penjelasan. 

PENJELASAN PENUH HAFIDZ ROSHDI 

Kata Hafidz, dia menafikan ada mengantar mesej perbualan berkenaan, seperti yang didedahkan oleh Shuhada. 

Jelasnya, isu berkenaan dah selesai apabila kedua-kedua pihak bersetuju untuk tak lagi sebarkan aib sesiapa kepada orang ramai. 

“Benda (pendedahan mesej berkenaan) dah pun selesai.”  

“Pihak saya dan dia dah bersetuju untuk berdamai dan tidak lagi menyebarkan aib masing-masing.”  

“Saya nafikan mesej berkenaan kerana saya tak pernah ada perbualan macam itu. Ia tidak berlaku antara saya dengan orang berkenaan.” 

Dalam pada itu, Hafidz telah pun memberi kata dua kepada bekas isterinya untuk berterusan berbuat sedemikian, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil.  

“Kalau hal macam ini berlaku lagi, ada lagi sebarkan aib, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.” 

Itulah jawapan Hafidz Roshdi tentang penyebaran mesej perbualan dikatakan antara dirinya dengan Athira Yuhada yang dibuat oleh Nurul Shuhada baru-baru ini. 

Isu antara mereka berdua kembali timbul setelah Hafidz Roshdi mengumumkan bahawa dirinya dah kembali menerima tawaran berlakon, dan kemudian Shuhada telah menuntut nafkah anak-anak mereka.