Hafidz Roshdi kini menjadi tumpuan di media industri hiburan tanah air.
Mulanya, pelakon ini mengesahkan satu berita gembira bahawa dirinya dah kembali menerima kerja sebagai pelakon.
Namun, dia akui masih lagi bekerja sebagai penghantar e-hailing, buat masa sekarang.
Kemudian, hafidz terus jadi tumpuan ekoran pendedahan yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada, boleh baca DI SINI.
Tentang kisah diri Hafidz, setelah berkahwin dengan Athira Yuhada, dia dilihat sering muatnaik moment bahagia bersama.
Ada beberapa video Hafidz dan Athira membuat trend terkini di media sosial.
Tentang video bersama isteri, ramai juga yang memberi komen kurang baik kepada dirinya dan isteri.
Jelasnya, itu merupakan perkara yang sudah diketahui, oleh dirinya dan juga isteri.
“Saya akan cuba untuk kurangkan. Suka atau tidak, itulah asam garam yang perlu dilalui sebagai selebriti.”
“Syukur alhamdulillah, isteri saya dah faham dan tak melatah pun bila turut jadi mangsa.”
“Lagi pun saya tak ada nak baca sangat komen dan dah hampir satu tahun saya tutup ruangan komen di laman media sosial.”
Dalam pada itu, ada juga yang tertanya tanya sama ada isterinya iatu sudah berbadan dua.
Menerusi satu kenyataan di portal Oh Bulan, pelakon berumur 30 tahun ini berkata, dia akan beritahu jika ada berita gembira kelak.
“Untuk masa sekarang ini, saya belum sedia nak cerita.”
“Dah tentu jikalau ada, saya tak akan sembunyikan, mungkin orang ramai boleh nampak sendiri perubahan pada isteri saya di laman media sosial.”
Berkenaan komen serta tuduhan terhadap dirinya, termasuklah kepada ibu bapanya, ini jawapan dari Hafidz.
“Bagi saya, kalau seseorang tu dah tak suka memang akan tetap tak suka, jadi tiada guna saya soal jawab dengan mereka.”
“Inilah lumrah kehidupan, tak semua orang suka, ia tak sedikit pun pengaruhi saya untuk meninggalkan bidang lakonan.”
Itulah sedikit jawapan dari Hafidz Roshdi yang dah berkahwin dengan Athira Yuhada pada hujung tahun 2023 yang lalu.