Bangkai haiwan, paku dalam telur, Andi Bernadee kena buatan orang

4,649 views

Penyanyi yang kini sudah terjun dalam bidang lakonan iaitu Andi Bernadee memberitahu dirinya kini telahpun terkena buatan orang.

Hal ini didedahkan di laman Instagram miliknya semalam. Selebriti berusia 30 tahun ini memuatnaik satu video menunjukkan ada bangkai haiwan di rumah selain ada paku karat bersama telur di dalam bekas makanan.

Dari video, dua batang paku karat itu dikatakan ditarik dari bahagian tekaknya manakala bangkai haiwan itu ialah katak kering yang ditemui di atas bumbung di rumahnya.

Ini penjelasan dari penyanyi ni yang mengatakan dia sudah beberapa kali kena buatan orang.

“Ini bukanlah kejadian pertama saya kena buatan orang. Saya pernah rasai kesakitan yang amat teruk dua tiga tahun lepas. Ketika itu saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, negara jiran.”

“Saya pernah makan benda kotor yang ditaruk dalam makanan. Kini saya kena lagi kejadian sama beberapa hari lalu, ini merupakan kali kedua.”

“Lepas terkena buatan orang, saya susah nak tidur nyenyak. Mata rasa dah tutup, tetapi tak boleh tidur. Selalu jaga sepanjang malam dan kemudian dapat tidur kejap waktu pagi. Secara tiba-tiba, selera makan meningkat dan bahagian perut pun membuncit.”

Andi Bernadee menyatakan, kemungkinan dia terkena buatan orang angkara seorang wanita yang berasa dengki pada dirinya. Hal ini diberitahu oleh seorang ustaz yang merawatnya.

Rakan serumah Andi telah meminta bantuan seorang ustaz untuk merawatnya kerana keadaan dilihat agak teruk.

“Jujur saya cakap, mulanya saya tak percaya. Saya cuba kuatkan diri tetapi akur dan tewas. Saya tak sedar diri semasa kena rasuk sampailah ustaz datang rawat saya.”

“Rakan serumah cakap saya meraung dan buat bunyi bising macam tak ingat dunia. Ustaz pula beritahu wanita yang buat ni pernah bekerja dengan saya. Cumanya, dia tidak jelaskan secara terperinci sama ada artis atau sebaliknya.”

“Ustaz memberitahu dia akan datang untuk ubati saya selama tiga hari. Setakat ini, saya semakin okay, syukur Alhamdulillah.”

Andi Bernadee kata dia tak tahu apa salah dirinya diperlakukan sebegitu. Tambahnya lagi dirinya juga telah hilang ingatan sejak terkena terima rawatan akibat buatan orang itu. Dia dijangka hilang ingatan seketika untuk seminggu dua minggu ini,

“Saya hanya buat hal sendiri, tak ada pun lepak sangat. Oleh tu, saya tak tahu apa salah saya sampai kena macam ni.  Bagi saya ini adalah ujian Allah.”

Semoga Andi Bernadee kembali sihat dan kuatkan semangat.