“Banyak komen kasar” Mira Filzah terima komen kurang baik kerana muka cengkung

4,636 views

Pelakon cantik Mira Filzah kini dah hampir 7 bulan mengandung anak pertamanya. namun yang menjadi perhatian ialah perubahan tubuh badan serta wajahnya ketika hamil.

Ada mengatakan Mira kelihatan lebih kurus dan wajahnya menjadi cengkung, lantas ada komen kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Malah hal ini turut diakui sendiri oleh Mira Filzah, tentang komen-komen yang diberikan kepadanya sejak hamil.

“Soalan berkenaan perkara ini memang banyak sangat. Saya juga dapat banyak komen kurang baik hanya disebabkan bentuk wajah saya yang jadi cengkung.”

“Banyak terima komen-komen macam tu sejak beberapa bulan lalu. Sesetengah orang juga menulis dengan agak kasar.”

Pelakon berumur 30 tahun ini berkata, perubahan fizikalnya yang nampak berbeza, menjadi kurus dan cengkung bukanlah akibat alahan ketika hamil mahu pun morning sickness.

“Syukur alhamdulillah saya tak alami sebarang alahan atau pun morning sickness dan kejadian saya kurus ini berlaku secara sendirinya.”

“Nak cakap saya makan kuantiti sedikit, saya rasa saya makan macam-macam food. Saya tak ada pun kawal langsung bab makan. Saya rasa mungkin disebabkan oleh perubahan badan itu sendiri.”

Jelas Mira, ada satu perubahan sejak dia hamil ini iaitu kurang gemar untuk bergambar.

“Memang saya kurang suka untuk ambil gambar sejak beberapa bulan lepas. Setiap kali nak senyum, saya rasa macam janggal.”

“Ikutkan laman media sosial Instagram ini adalah satu ruang untuk saya bekerja. Memang saya kurang cerita hal keluarga atau hal peribadi.”

Diimbas kembali, Mira Filzah baru saja mengumumkan kehamilan anak sulung hasil perkahwinan dengan Wan Emir. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada bulan September 2020.

Sama-sama kita doakan agar segala urusan kehamilan dan kelahiran baby sulung Mira FIlzah ini akan dipermudahkan, amin.