Perkahwinan keempat berakhir, Datuk Aishah elak meroyan

2,586 views

Rumah tangga penyanyi Datuk Aishah akhirnya telah disahkan berakhir setelah bekas suami melafazkan talak satu menerusi satu mesej menggunakan WhatsApp pada tarikh 25 Disember 2021 yang lalu.

Aishah yang sudah pun menjengah usia 57 tahun, mengesahkan hal berkenaan.

Penyanyi yang baru menerima gelaran Datuk ini akui, memang amat sayu sampaikan mengalirkan air mata semasa membaca mesej dirinya sudah dilepaskan bekas suami.

“Jika rasa sedih, saya menangis terus. Tak perlu nak tahan sebab saya ni manusia biasa yang tak boleh kawal perasaan.”

“Paling penting, saya kena kuat dan kena move on. Kena jalani hidup seperti biasa.”

Datuk Aishah akui sudah tidak tinggal bersama dengan bekas suaminya itu bermula bulan November tahun lepas.

Katanya dia memang tak sangka perkahwinannya ini akan berakhir setelah 5 tahun melayari bahtera bahagia bersama. Aishah juga akan terus kuat dan tak mahu meroyan.

“Kalau diri saya ni tidak bersabar dan tidak dapat nak tenangkan hati, sudah pasti dah meroyan kerana perpisahan ini.”

“Dulu semasa tinggal di New Zealand saya selalu tengok pasangan berusia pegang tangan dan saya terfikir mahu seperti itu.”

“Namun, ini merupakan ketentuan Illahi, mungking ada rancangan yang lebih baik untuk saya.”

Jelas Aishah memang tak ada siapa yang mahukan perpisahan namun rumah tangga nya memang tak dapat nak diselamatkan lagi.

“Tak ada yang mahukan perceraian. Tapi mungkin perkahwinan saya tidak boleh nak diselamatkan lagi. Saya pun biasa hidup berdikari, hidup ini perlu diteruskan.”

“Aktiviti seni dan kerjaya juga akan terus berjalan macam biasa. Saya harapkan sokongan peminat kepada artis lama macam saya ni.”

Untuk info, ini merupakan perkahwinan yang keempat buat Datuk Aishah. Hasil perkahwinan terdahulu, Aishah mempunyai dua orang anak lelaki.