Kenapa Daiyan Trisha pakai baju ada tulisan macam tu, tanya netizen

7,129 views

Daiyan Trisha antara penyanyi yang kini turut bergelar pelakon. Mempunyai bakat yang hebat, nama Daiyan kini meniti di bibir ramai peminat dunia seni.

Baru-baru ini Daiyan Trisha ada hadir ke satu majlis memperkenalkan dan sidang media filem baru. Daiyan akan bergandingan dengan Mk K-Clique serta Zizan Razak dalam sebuah filem terbaru berjudul Rompak.

Di majlis berkenaan, Daiyan Trisha hadir dengan memakai baju brand terkenal antarabangsa iaitu Chirstian Dior.

Tanpa disangka-sangka itupun menjadi topic buat sesetengah netizen di luar sana.

Melalui satu video di TikTok milik Daiyan, ada video menunjukkan Daiyan Trisha memakai baju berwarna cream itu. Memang jelas tulisan jenama Christian Dior di tengah-tengah baju berkenaan.

Namun ada yang menulis komen dan bertanya kenapa Daiyan telah memilih untuk memakai baju degan adanya tulisan Christian di baju.

Kenapa baju kamu tu ada tulisan perkataan Christian.” Komen seorang netizen.

Persoalan berkenaan telah menimbulkan banyak respon balas dari netizen lain.

Ada yang terhibur tertawa dengan komen sedemikian, umpama orang yang bertanya itu tak tahu ianya satu jenama yang terkenal. Ini antara jawapan dari netizen lain.

“Tak tahu nak gelak ke tak bila baca komen-komen ni.”

“Bro, biar betul. Takkan tak tahu ada jenama Christian Dior. Tu kan jenama.”

Ramai yang memberi komen menerangkan bahawa apa yang dipakai oleh Daiyan Trisha itu merupakan jenama saja, dan ianya amat popular.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik itu dintonton lebih kurang 640 ribu views, dan menerima lebih kurang 71 ribu tanda suka dan lebih dua ribu komen.

Daiyan Trisha, 28 tahun, dilihat tidak ada memberi sebarang respon atau komen balas di video berkenaan.

Untuk info berkaitan baju seperti yang dipakai Daiyan Trisha ini, Ustaz Azhar Idrus pernah mengulas hal berkenaan, dan mengatakan tidak apa memakai baju dengan tulisan Christian, jika itu hanya namanya saja. Contohnya baju Cristiano Ronaldo. Apa yang dilarang ialah jika tulisas Christian itu membawa makna kepada ajaran agama.