Dugaan yang cukup berat buat seorang wanita yang baru saja bergelar isteri.
Baru tiga hari berkahwin, seorang wanita bernama Norma menerima tamparan yang hebat apabila sang suaminya telah melakukan kecurangan terhadap dirinya.
Lebih menyayat hati, sang suami telah menjalinkan hubungan dengan individu yang paling tidak disangka-sangka iaitu dengan ibu kandung Norma sendiri.
Kejadian ini berlaku di negara jiran Indonesia dan sedang hangat jadi perbualan orang ramai di sana.
Kes ini diceritakan sendiri oleh Norma melalui laman media miliknya.
Dia mengatakan, suami dan ibunya telah dicekup orang kampung semasa menjalin hubungan.
Ketika kejadian Norma tiada di rumah dan sedang mencari rezeki, sedang bekerja.
Norma dan suami sebenarnya dah lima tahun menjalinkan hubungan cinta dan baru saja nikah pada tahun ini.
Namun mahligai yang bari dibina kini musnah setelah suami dan ibu kandungnya ditangkap tanpa seurat benang.
Setelah disiasat, rupanya, sebelum ini pun, suaminya dan ibunya pun memang dah jalin hubungan dan sering berbalas mesej.
Kisah hubungan antara mertua dan menantu ini membuatkan kes ini mendapat liputan media di negara jiran.
Luahan hati dari Norma juga membuatkan ramai sayu membacanya.
“Sampai sekarang aku memang tak menyangka bahawa kamu menjalinkan hubungan dengan orang yang melahirkan aku.”
“Kau telah melanjutkan satu pengkhianatan dengan orang terdekat pada diriku, juga orang itu orang yang paling kusayangi.”
“Engkau telah menghancurkan diriku ini, cintaku, dan juga keluargaku.”
“Semoga kamu akan menerima balasan di atas perbuatan kamu itu.”
Ini foto ketika perkahwinan Norma Risma dan suami yang turut kelihatan ibunya.
Hasil tangkapan dan seteklah semuanya terbongkar, Norma telah menfailkan untuk berpisah dengan suami.
Malahan ayah kepada Norma juga turut bertindak sama dengan melafazkan talak ke atas isterinya iaitu ibu Norma itu.
Bagi ayah Norman, dia amat malu dengan perbuatan ibu Norma yang sanggup membuat hubungan dengan menantu sendiri.