Baru lepas balik umrah, Rossa Sera luah perasaan, “Sampai cerai-berai”

43,991 views

Rumah tangga Shuk Sahar dan isteri Rossa Sera nampaknya dilihat bagaikan sudah berakhir. 

Baru pulang dari mengerjakan umrah bersama sama, Rossa Sera akhirnya memuatnaik beberapa luahan hatinya. 

Ianya dilihat seakan memberi bayangan tentang kisah rumah tangganya ketika ini. Ada beberapa penulisan, memberi bayangan dia dan Shuk kini dah pun bercerai. 

Dari penulisan Rossa Sera itu, pihak ketiga masih lagi terkait dalam isu rumah tangganya. 

Mengaku bahawa hubungan dengan Shuk semakin baik sebelum buat umrah, namun Rossa Sera mendedahkan orang ketiga itu masih lagi menjadi masalah. 

“Shuk memang sudah cuba jadi yang terbaik. Syukur, saya dan Shuk memang sangat baik malah sebelum kami pergi umrah pun, memang dah janji doa yang baik-baik di sana untuk masa depan masing-masing dan anak-anak.” 

“Yang jadi masalah aku sekarang ni apa masalah betina tu sehingga dia bercakap anak-anak aku macam tu.” 

“Punya la tak baik manusia macam kau ni, aku jadi saksi mata kepala aku sendiri macam mana Shuk pun dah terseksa dulu hanya kerana kau.” 

Rossa Sera kemudian menulis dia mengalah dan telah pun bercerai dengan Shuk. 

“Aku ni sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami. Kau tu pula terus mengugut dia macam-macam sampai bercerai-berai pun dah.” 

“Tetapi kau ni masih lagi sia-sia kan dia, paling tak boleh blah apbila dia tak nak layan, dan kau terus mula provok dia macam-macam, mana la common sense kau tu.” 

Setelah berpisah dengan Shuk, kata Sera, ianya banyak mengajar mereka berdua terutama jadi ibu bapa yang lebih baik. 

“Syukur alhamdulillah, apabila dah berpisah, ianya banyak mengajar kami jadi ibu dan ayah yang baik demi untuk masa depan anak-anak.” 

“Serius, hubungan kami berkawan lagi sihat daripada dulu.” 

Rossa Sera kemudian berterima kasih kepada Shuk dan mendoakannya. 

“Terima kasih untuk empat tahun lepas sebab dah pun sama-sama berjuang dengan kami. Namun kita hanya mampu merancangan, sungguhpun jalan ini dah memisahkan kita, tetapi kini dah lebih dekat pada Illahi.” 

“Gembira tengok kamu dah berubah. Semoga kau akan terus kuat.” 

Itulah luahan terbaru dari Rossa Sera tentang perkahwinannya dengan Shuk Sahar.