Ira Kazar sudah hamil? Ini kenyataan Datuk Yusof Haslam “Dia nasihatkan saya jangan cakap”

73,692 views

Kini ura-ura kuat mengatakan bahawa isteri kedua Syamsul yusof iaitu Ira Kazar sedang berbadan dua. 

Hal ini membuatkan pihak media terus cuba menghubungi keluarga Syamsul Yusof untuk mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. 

Antara yang menjadi tumpuan ialah ibu bapa Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

Melalui laporan BH, semasa menghubungi Datin Patimah, ibu Syamsul itu tak mahu memberi sebarang jawapan. 

“Tak mahu komen, cukuplah.” Itu respon dari Datin Patimah. 

Melalui laporan Mstar dan Kosmo pula, Datuk Yusof Haslam juga mengambil pendekatan mendiamkan diri, mengunci mulut dari memberi kenyataan tentang hal ini. 

“Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya tak nak komen. Saya benar tak tahu dia hamil ke apa. Wallahualam.” 

Dalam pada itu, Yusof Haslam juga akui, isterinya ada menasihatinya agar tak beri lagi kenyataan terutama selepas isu Ira Kazar dah hamil ini mula tersebar meluas. 

“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa, jangan bercakap banyak tentang isu Syamsul.”  

“Dia pun tahu pihak media, wartawan akan kejat saya hari ini berkenaan hal ini. Silap cakap nanti tak sedap pula.”  

Jelas pengarah filem terkemuka ini, walaupun faham dengan kerja pihak wartawan mahu tahu hal semasa, tetapi dia tak mahu komen sebab mahu menjaga hati banyak pihak. 

“Bukannya apa, saya nak jaga hati isteri saya juga. Isteri saya ni berada dalam keadaan sugul lagi.”  

“Selain itu, Syamsul tu masih lagi dan tetap anak saya, saya pun nak jaga hati dia. Tak mahu nanti hubungan terus jadi tak bagus.” 

“Menantu saya dan cucu-cucu, begitu banyak hati yang perlu dijaga.” 

Yusof akui, anaknya itu juga dalam keadaan yang agak tertekan dengan isu yang melanda. 

“Saya pun tidak nak cakap Syamsul balik rumah atau pun tidak, tetapi saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan juga kepada dua cucu saya.” 

“Syamsul tu saya tahu dia tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam sedang marah, tapi itu hanya di mulut saja, sebenanrya hati ni tetap sayang.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Datuk Yusof Haslam tentang isu isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang hamil.