“Berada di sisi tak bermakna kita setuju dengan tindakannya” Ayda Jebat

3,180 views

Kisah pertelingkahan yang dikatakan terjadi antara isteri-isteri Datuk Zainal Abidin Hassan, iaitu Datin Zalina dan juga Fyna Jebat memang jadi bualan ramai. 

Sehingga kini, kedua dua pihak menyerahkan semuanya kepada siasatan pihak berkuasa. 

Ketika selesai buat persembahan di Famili Duo, Fyna Jebat juga tak mahu ulas panjang, dan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. 

Bercakap tentang isu ini, kakak Fyna iaitu Ayda Jebat tampil memberi kenyataan. 

Dari laporan Kosmo, Ayda Jebat akan sentiasa di sisi Fyna Jebat namun bukanlah beerti dia menyokong jika mereka berkelahi. 

Hakikatnya, hal ini pun tak disokong oleh ahli keluarga mereka. 

Sebagai kakak, dia akan berada di sisi adiknya itu, sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk bersama adik di saat berdepan ujian. 

“Saya ni tak memberikan sokongan kepada adik saya sebab bagi saya, ini sebenarnya lebih kepada tanggungjawab sebagai kakak untuk lindungi adik.” 

“Bagi sokongan bukannya bermakna kita setuju dengan setiap tindakannya, tapi kalau hal berkaitan keluarga, kita ni patut sentiasa berada di sisinya.” 

“Macam mana baik, buruk pun seseorang tu, family ni penting bagai air yang dicincang tak putus.” 

Kata Ayda lagi, Fyna akan belajar sesuatu dari hal yang berlaku ini, apatah lagi dirinay merupakan selebriti. 

“Bagi saya lah kan, ini merupakan satu asam garam sebagai seorang selebriti. Sebenarnya dia pun tak mahu lalui semua perkara yang meraih perhatian macam ni, sejak dulu lagi.” 

“Saya dah maklumkan awal-awal kat Fyna, kena anggap apa yang terjadi ni sebagai proses pembelajaran.” 

Ayda Jebat menegaskan, dia akan terus berada di sisi adiknya itu, apatah lagi Fyna memerlukan bimbingan untuk hadapi situasi ini sebagai selebriti. 

“Ada benda yang kita tak boleh nak cerita pada umum sebab nanti isu kecil boleh jadi besar.” 

“Saya akan tetap berada di sisi Fyna untuk menjadi pembimbing walaupun sudah lama berada dalam industri ini dan masih rasa tidak bagus.” 

“Fyna ni tak mampu nak kendalikan isu macam ni, yang dah jadi tular baru-baru ini.” 

Itulah komen dari Ayda Jebat tentang apa yang terjadi kepada adiknya Fyna Jebat.