Baru pakai sebulan, Aeril Zafrel nak jual kereta Lamborghini hadiah dari Wawa

3,192 views

Pelakon Aeril Zafrel memang dah lama idamkan membawa kereta jenama mewah iaitu Lamborghini.

Kerana itu, isterinya iaitu Wawa Zainal telah memberikan hadiah kereta jenama berkenaan iaitu Lamborghini Aventador berwarna kuning kepada Aeril Zafrel.

Kini baru saja sebulan menerima kereta berkenaan, dikatakan Aeril Zafrel dah bercadang dan dalam perancnagan untuk menjualnya kembali.

Kata Aeril lagi, dia dah puas merasa untuk bawa kereta mewah bernilai RM2juta dan memang tak rancang nak bawa kereta itu lama-lama.

“Sebelum ada kereta Lamborghini ni, saya dah ada kereta Mustang, pun juga warna kuning. Mustang tu pun cuma bertahan setahun saja dan hanya duk di rumah sebelum saya jualnya kepada seorang kawan.”

“Lepas tu isteri saya Wawa hadiahkan pula kereta Lamborghin ini. Lepas guna beberapa kali, mungkin kereta ini pun tak lama saya nak guna.”

Tentang nak jula kereta mewah yang merupakan hadiah dari isteri, bagi Aeril dia tahun Wawa fahan tentang hal itu.

“Wawa amat memahami diri saya. Dulu dia pun yang belikan kereta Mustang, itu pun sama juga kisahnya. Saya hanya nak cuba dan rasa sendiri pengalaman pandu kereta itu, pakai sekejap saja.”

“Saya bukannya orang yang beli kereta mewah untuk menunjuk. Saya pun jarang upload gambar atau video dalam Instagram berkenaan kereta ni.”

Namun begitu ada pula orang yang melabel Aeril dan Wawa sebenarnya hanya sewa kereta berkenaan saja.

Ini antara komen yang diberikan kepada Aeril zafrel oleh seorang netizen.

Aeril Zafrel ternya bingung dan tertanya-tanya apa gunanya dia nak berbohong tentang hal kereta itu.

Ini komen Aeril: “Entahlah, apa untungnya untuk aku ni menipu.

Itulah kisahnya kereta milik Aeril Zafrel, yang merupakan hadiah dari Wawa Zainal, kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning.