“Baru sebulan dah buat begini, tak tahu kenapa dia buat perangai” Ini respon Vida

8,690 views

Jejaka bernama Abang Qu, yang pernah diperkenal oleh Dato Seri Vida sebagai pembantu peribadi yang baru, telah buat satu pendedahan bahawa dia hanya berlakon saja.

Abang Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi menerangkan, dia tidak lagi berkerja dengan ahli perniagaan terkemuka itu.

Qusyairi yang lebih mesra disapa Qush menambah, sehingga sekarang, dia belum pernah pun diberi surat tawaran atau offer letter sebagai pembantu peribadi kepada Dato Seeri Vida.

Pendedahan ini ternyata mengejutkan ramai pihak, semua ingatkan, memang Qush merupakan PS kepada Vida.

Tampil menjawab pendedahan dari Qusyairi ini, akhirnya Dato Seri Vida sendiri tampil bersuara.

Vida akui, memang awalnya dia mahu ambil Qush sebagai pelakon dalam muzik video lagunya yang berjudul Ku Ikhlaskan.

Tetapi sebenarnya, Vida memang ada berhasrat nak ambil Qush jadi PA dan dalam proses nak beri offer letter.

“Sekarang ini, betul, dia dah tidak bekerja dengan saya lagi. Perjanjian asal memang saya sedang cari talent untuk music video lagu Ku Ikhlaskan. Saya dah pilih dia sebab nampak dia ni ada ciri-ciri yang sesuai.”

“Tentang offer letter, pihak saya ada keluarkan surat tawaran kerja yang mana perlu semakan berulang kali untuk persetujuan bersama kedua belah pihak dan memang tak ada kata putus lagi.”

Dalam pada itu, Dato Seri Vida turut tertanya-tanya apakah niat Qusyairi sehingga dia buat pendedahan dan mencipta isu itu.

“Baru saja satu bulan siapkan music video, dia dah buat begini. Dah pandai cedok ilmu buat drama dan buat cerita untuk tambah views.”

“Saya sendiri tak tahu mengapa dia buat perangai macam ni. Mungkin nak elak dari beri komitmen lanjut.”

 “Ini kisah benar. Saya tidak sempat nak buat drama pun. Saya dah lalui banyak ujian dan ini satu darinya. Peringatan buat saya kepada orang yang nak ambil kesempatan untuk popular. Dia akan sengaja nak isu ini dibesarkan.”

Itu respon dari Dato Seri Vida tentang pendedahan dari Qusyairi, seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.