“Geli tengok muzik video tu, nak muntah, perlu ke scene bergesel-gesel” Michael Ang

8,682 views

Semalam, Datuk Aliff Syukri telah mengeluarkan satu lagi lagu raya untuk tahun ini. Judul yang dipilih ialah Kelepok Raya.

Untuk lag kali ini, sebenarnya ramai yang tak ada isu pun, lagu boleh dikatakan okey saja. Malah penampilan Datin Seri Shahida sebagai penyanyi undangan juga mendapat reaksi yang baik dari netizen.

Namun begitu, ada satu isu yang membuatkan ramai meluat dan naik menyampah dengan lagu dari Aliff Syukri ini.

Isu yang timbul kali ini ialah muzik video yang menampilkan penari yang tergedik dan terkinja-kinja. Kehadiran penari-penari berkenaan dilabel sebagai menyakitkan mata mereka yang menonton muzik video tersebut.

Ramai yang beranggapan, babak-babak dari penari berkenaan patutnya langsung tak ada dalam lagu kali ini, maka ianya akan jadi lebih baik.

Antara yang memberi komen ialah pengarah dan penerbit terkenal iaitu Michael Ang.

Bagi Michael Ang, dia memang rasa geli apabila melihat muzik video lagu berkenaan.

“Salam semua. Bukan nak mengata tentang lagu tu, lagu tu sendiri dah ok. Cumanya visual tu buat aku jadi geli. Aku yang kelepek kelapok ni bila tengok pun geli, rasa macam nak muntah. Apatah lagi orang lain tengok, mesti jadi isu punya.  Kalau ada isu maka akan lagi banyak orang tengok kan.”

Melihat komen dari Michael Ang itu, Datuk Seri Aliff Syukri melabelnya sebagai seorang yang cemburu.

“Saya dah malas nak nak cari pasal. Apa yang paling penting lagu saya sekarang trending. Kemungkinan awak tu sedang jeles.”

“Lagu saya ni dah keluar oleh Rusa Muzik, tetapi yang tak suka saya tu tak payahlah tengok.”

Dilabel sebagai seorang yang cemburu kerana lagu Aliff Syukri sedang trending, Michael Ang tidak dapat menahan diri dari memberi reaksi balas.

Kata Michael Ang dia bukannya cemburu pun. “Saya tak cemburu la Dato. Saya ni baru masuk Islam, setahun jagung. Kamu lahir-lahir dah Islam, mungkin kamu lagi tahu dari saya apa boleh buat.”

Diruangan komen, sebenarnya memang ramai yang tak suka dengan babak berkenaan dan bersetuju dengan Michael Ang.