“Bayangkan.. saya duduk lokap sorang-sorang” Tauke Jambu

2,102 views

Sebelum in nama Tauke Raja Lawak pernah terpalit dengan satu isu melibatkan kes polis. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah tauke kena duduk dalam lokap seorang diri.

Tauke tidur di lokap selama tiga hari dua malam, dan itu antara detik gelap dalam hidupnya. Masuk ke dalam tirai besai membuatkan dirinya tersentak dan terduduk.

Namun begitu, hal itu merupakan satu ujian yang amat berat buat pelawak dan juga pelakon ini.

“Nak cakap antara kejadian yang paling buat saya jatuh terduduk ialah semasa saya kena tahan. Saya masuk dalam balai kemudian saya kena masuk lokap tiga hari dua malam lamanya.”

“Allah nak uji saya ketika itu, bayangkan saya hanya duduk sorang-sorang kat situ, dalam lokap seorang diri saja.”

Akui itu titik terendah dalam hidup, Tauke lagi berkata memang rasa koyak dan mentalnya agak jatuh apatah lagi itu pertama kali masuk ke lokap, tak pernah pun sebelum ini sampai macam tu.

“Masa tu ada terfikir, kita ni tunaikan solat, tetapi memang masa tu saya rasa down sangat sebab tak pernah alami macam tu kan. Semasa itulah kita punya kerohanian telah diperah.”

Ketika itu, Tauke meluahkan rasa syukur yang tak tehingga disebabkan isterinya Nadia Mohd Effendi atau Nadia Yaya yang setia di sisi dan menjadi penguat semangat buat dirinya. Nadia Yaya sentiasa percaya dengan suaminya itu dan memberi sokongan yang tak terhingga.

Itulah luahan dari Tauke ketika bercerita tentang satu rancangan temubual kelolaan dirinya dan juga pengcara sensasi Zarina Anjoulie.

Selain Tauke dan Anju, selebriti lain yang turut terlibat dalam rancangan berkenaan ialah Zed Zaidi, Iqram Dinzly, penceramah agama, Pu Amin dan juga aktivis terkenal Yusof Azmi.