“Dear Yushby, syukur 10 tahun bersama” ~Ini ucapan istimewa Datin Lisa Surihani

5,197 views

Setinggi tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti yang sweet selalu ini iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani.

Pada tarikh hari ini bersamaan dengan 23 Februari 2022, maka genaplah 10 tahun usia perkahwinan mereka berdua.

Sudah satu dekad bersama, Lisa Surihani telah menulis ucapan khas buat perkahwinan yang dibina itu.

Apa yang menariknya, Lisa memanggil suaminya itu dengan gelaran Yushby, hasil gabungnan nama Yusry dan juga Hubby atau husband.

“Bismillahi, masyaAllah. Kehadapan Yushby, kita telah sampai ke satu milestone bersama-sama pada hari ini. Syukur sangat, alhamdulillah, 10 tahun yang indah.”

“Siapa yang sangka kita akan berada di sini, setelah mata kita bertentangan antara satu sama lain ketika di satu event sempena hari raya.”

“Ketika itu, saya pernah terfikir ini, get real Lisa. He’s not interested. Kemudian kamu pun ada cakap bahawa kamu pun ingat tak akan ada harapan dengan saya.”

“Namun semuanya ketentuan Illahi. Saya akhirnya dapat habiskan masa bersama insan yang saya sayangi dan kini telah diberkati dengan tiga orang cahaya mata.”

“Sungguhpun ada turun naik, itu semua adalah satu ujian, saya bersyukur dan berharap akan keberkatan dari Nya, kita dapat lalui bersama-sama.”

“Semoga rasa cinta dan sayang kita akan sentiasa diberkati oleh Illahi. Semoga kita akan lalu usia tua bersama dan juga di jannah. Saya sayang kamu, baby.”

Diruangan komen, ramai yang mengucapkan jutaan tahniah di atas sambutan anniversary yang ke 10 buat Yusry Abdul Halin dan juga Lisa Surihai.

Happy anniversary Lisa dan abang Yusry.” Tulis Sherry Alhadad.

My favourite couple Happy Anniversary, YL (singkatan buat Yusry dan Lisa).” Tulis Diana Danielle.

Ramai lagi ucapan dari rakan artis termasuklah Kaka Azraff, Fauziah Latif, Anuar Zain dan ramai lagi.

Semoga Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin lisa Surihani akan bahagia selalu, amin.