“Banyak dugaan sampai rasa nak batal” Zul 2By2 selamat bergelar suami kepada Intan

8,809 views

Penyanyi Zul dari kumpulan 2 By 2 kini sah bergelar suami kepada pihan hatinya, Intan maya, yang merupakan penyanyi dari kumpulan The Girls. Mereka berdua disatukan pada tarikh yang istimewa iaitu 22/2/2022, semalam.

Syukur, Alhamdulillah, segala apa yang dirancang kini menjadi kenyataan setelah saya selamat bernikah dengan Intan Maya.” Kata Zul.

Ini merupakan pernikahan yang kedua buat Zul setelah sebelum ini pernah bernikah dan berpisah dengan Ismaliza atau Isma AF.

“Saya sah bergelar suami kepada Intan Maya pada jam 10 pagi di Masjid Taming Jaya, Balakong. Tarikh istimewa ini memang kami berdua pilih sebagai kenangan bersama.”

“Bukan tarikh saja istimewa, wang hantaran pun sama, yang mana ianya berjumlah RM22,222,22.”

“Kami berdua ni memang serasi bersama, ini sekaligus buat saya senang dengannya. Ramai yang terkejut juga dengan hubungan kami. Kisah rumah tangga kami sebelum ini akan dijadikan pengajaran.”

Ini juga merupakan perkahwinan yang kedua buat Intan Maya. Bercerita tentang ksiah perkahwinannya, Intan akui memang banyak dugaan yang mereka terpaksa lalui. Ini komen dari Intan Maya.

“Banyak dugaan termasuklah kena sediakan dokumen yang amat strict, sampaikan ada fikir mahu batalkan. Setelah selesai nikah, baru kami rasa memang ini semua ujian dan kami berjaya.”

“Selain itu, ujian lain pula seperti adik saya dari Johor nak datang ke sini bawa kek kahwin, namun kereta pula buat hal dan kek pun terus cair. Sayu betul dia tak dapat bersama hari bahagia saya.”

“Ada beberapa individu penting yang positif termasuk make up artist, dan anak-anak Zul. Hanya seorang anak Zul yang dapat datang.”

“Tempat kami nak bersanding pun dah kena ribut sebelum ini. Kalau ada hujan turun dengan lebat saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga semua dipermudahkan.”

Selepas berdoa, satu per satu urusan terus saja dipermudahkan.

Ini sedikit gambar nikah mereka.

Tahniah ducapkan kepdaa Zul 2by2 dan juga Intan Maya. Semoga bahagia dan selamat pengantin baru diucapkan.