“Berkopiah pula” Netizen persoal penampilan Zizie Izette, hanya pakai topi

53,268 views

Isteri kepada wakil rakyat ahli parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar iaitu pelakon Datin Sri Zizie Izette telah mencuri perhatian semalam.

Ini gara-gara satu video yang telah menunjukkan penampilan terkini Zizie Izette. JIka sebelum ini, Zizie Izette sudah berhijrah dan memakai tudung, kali ini Zizie Izette dilihat hanya memakai penutup kepala, seperti topi saja.

Video berkenaan dimuatnaik oleh stylist terkenal Ridz Okumura di laman media sosial miliknya. Dari video berdurasi 1 minit 15 saat itu, Ridz Okumura mulanya memperkenalkan Zizie Izette dan kemudiannya bercerita tentang produk rambutnya.

Namun yang menjadi perhatian ramai ialah penampilan terbaru dari Zizie Izette, kerana kakak kepada Shaheizy Sam ini hanya memakai pentup kepala, dan jelas rambut terkeluar di bahagian belakang penutup kepala berkenaan.

@ridz_okumura

♬ original sound – Ridzokumura

Melihat ruangan komen, video berkenaan sememangnya telah mengundang pelbagai reaksi dari ramai netizen yang mula tertanya-tanya, kenapa Zizie Izette hanya pakai seperti itu saja.

Dah puas bertudung, sekarang berkppiah pula.” Komen seorang pengguna.

Tudungnya dah terbang ke mana pula tu, bukan dulu dia pakai tudung ke.” Tanya seorang netizen

Beliau pakai filter jelah. Kita hanya doakan yang baik-baik saja.” Komen seorang lagi netizen.

Walaupun ramai fokus dengan rambutnya, ada juga segelintir yang telah perasan penampilan baru Zizie Izette yang dilihat semakin cantik dan mempunyai bentuk badan yang ideal. Ramai juga memuji, isteri Bung Moktar ini semakain jelita dan nampak muda.

Memang semakin cantik berseri Datin Zizie Izette.” Komen peminatnya.

Zizie Izette berkahwin dengan Bung Moktar pada tahun 2009 dan mempunyai lima orang anak termasuk anak angkat.

Antara drama terakhir lakonan Zizie Izette ialah drama Hero Seorang Cinderella yang menggandingkan Fattah Amin dan juga Fazura.