Bersalin awal, Farah Nabilah selamat lahir baby boy.. Tahniah!

3,852 views

Tahniah buat Farah Nabilah setelah disahkan selamat melahirkan anak sulungnya semalam. Farah Nabila yang lebih mesra di sapa Fawa bersalin disebuah pusat perubatan di Ampang.

Farah telah membuat satu pengumuman di laman media sosial miliknya bahawa dia telah sealmat lahirkan baby boy.

Video yang diupload itu tanpa ada sebarang visual, yang hanya ada tangisan baby sahaja.

Ini tulis Farah Nabila di caption: “Salam untuk semua, untuk makluman Fawa dah pun selamat lahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi. Tarikh birthday yang tepat ialah 22 October 2020, bersamaan dengan 5 Rabiulawal 1442. Syukur Alhamdulliah, syukur sangat”.

Fawa akan upload foto baby dan dedah nama baby apabila tiba masanya ya. Thanks di atas semua doa yang diberikan kepada kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness”.

Fawa dan suaminya memberitahu bahawa dia masih belum sedia nak dedah segala detail dan wajah anaknya buat masa sekarang.

Untuk sekarang ni, kami nak ‘simpan’ dulu semua identity baby kami ini. Tunggu, nanti, bila semuanya sedia dan sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta saya dan suami ini dengan semua orang“.

Bercerita lanjut tentang kelahiran baby sulung itu, Fawa akui sebenarnya tarikh bersalin adalah lebih awal daripada yang dijangka.

Kami satu family sambut kehadiran baby lebih awal. Apapun semua selamat syukur Alhamdulillah. Semuanya telah dipermudahkan. Terima kasih atas doa sekali lagi

Di ruang komen, ramai rakan artis tampil menulis ucapan tahniah kepada Fawa, antaranya seperti Mira Filzah. Ini tulis Mira: “Alhamdulillah congratulation Fawa dan Amirul“.

Artis lain yang turut menuls komen termasuk Sherry Ibrahim, Adeline Tsen, Diana Rafar, Scha Elinae, Nadya Shahera dan Haiza.

Farah Nabila yang kini berumur 28 tahun berkahwin pada tahun 2019 dengan seorang pilot bernama Amirul Yunus.