Betapa sayang dengan menantunya, Datuk Yusof Haslam cuba pujuk Puteri Sarah

5,320 views

Kisah rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dilihat kemungkinan berkahir dengan perpisahan. 

Ini setelah Puteri Sarah dilihat dah tawar hati dan tak mahu lagi bergelar isteri kepada Syamsul Yusof. 

Malahan, Puteri Sarah dikatakan sudah nekad untuk hadir ke mahkamah pada hari Isnin ini untuk menfailkan tuntutan untuk berpisah dengan suaminya itu. 

Melihat tindakan menantunya yang sudah nekad itu, ayah kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam ternyata terkesan. 

Betapa sayangnya kepada menantunya itu, Yusof Haslam telah berbincang dan cuba memujuk Puteri Sarah. 

Sebagai bapa, Yusof Haslam benar-benar mahu Puteri Sarah terus menjadi menantunya dan meminta Puteri Sarah menimbang semula. 

“Saya ada berbincang dengan Puteri Sarah dan cuba memujuknya untuk mempertimbangkan semula keputusannya untuk berpisah itu.” 

“Sungguhpun Puteri Sarah mahu buat tuntutan untuk berpisah, dan hinggalah proses perpisahan itu berlangsung, saya akan tetap mendoakan semoga perpisahan antara mereka itu tidak terjadi. Proses penceraian ini akan ambil masa, jadi saya akan berdoa.” 

“Kalaulah perceraian itu tak berlaku, saya harap Syamsul kena buat banyak perubahan dalam hidupnya sebab hidup ini adalah suatu pengorbanan dan juga perjuangan.” 

Namun begitu, sebagai bapa mertua, Yusof Haslam berkata, kalaulah perpisahan itu dapat beri ketenangan dan kebahagiaan kepada Puteri Sarah, dia akur dengan ketentuan dan kemahuan Puteri Sarah. 

Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah, sememangnya diketahui amat menyayangi Puteri Sarah, sehingga kini memberi sokongan kepadanya.

Semalam, Puteri Sarah mengesahkan, setelah berbincang dengan keluarganya, dia akan meneruskan untuk menfailkan perpisahan dengan suaminya Syamsul Yusof pada hari Isnin setelah selesai bekerja, hal ini turut disahkan oleh pihak peguamnya. 

Puteri Sarah ketika ini sedang berada di luar kawasan kerana bekerja, menjalani penggambaran untuk sebuah drama dan akan meneruskan segala urusan untuk failkan perpisahan sebaik saja pulang dari bekerja.