“Apapun yang aku buat, hanya kerana dia” Tauke Jambu, juga ada komen dari Acong

17,202 views

Kisah Tauke yang dikatakan telah berkahwin dengan wanita bernama Shu nampaknya menjadi viral sejak petang semalam.

Sehingga pagi ini, Tauke tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal ini. Namun dia ada up satu status di Ig story miliknya sekitar jam 9 lebih pagi tadi.

Tauke menulis bahawa apa yang dibuat hanyalah untuk ‘dia’. Ini status penuh Tauke.

“Siapa pun aku, apapun yang aku buat, tujuan dan kehidupanku, solatku, hanya kerana dia.”

Ini saja yang ditulis oleh Tauke.

Sementara itu, menerusi satu laporan Harian Metro, rakan Tauke iaitu Acong berkata dia juga tak tahu tentang hal berkenaan.

Malah Acong tak mahu memberi komen lebih dan sedang busy dengan rancangan Maharaja Lawak Mega.

Walaupun ada yang mengatakan seperti ternampak kelibatnya di majlis berkenaan, Acong tak mahu mengulas lanjut.

“Alamak, saya ni tak tahu hal ni sebab dah lama tak berjumpa Tauke. Saya sekarang ini sedang sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega.”

Acong jadi buruan media setelah ada yang mengatakan Acong antara individu yang berada di majlis berkenaan, memakai baju hijau. Apatah lagi ada mendakwa individu itu memakai gelang yang turut selalu dipakai oleh Acong.

Ramai ingat individu baju hijau ini Acong

Sehingga kini, dari laporan Harian Metro, Tauke tidak menjawab sebarang panggilan telefon mahupun membalas sebarang mesej.

Dikatakan ketika pihak media cuba hubungi isterinya, Nadia, tauke yang menjawab panggilan berkenaan  dan kemudian meletakkan telefon apabila mengetahui media yang cuba contact.

Tauke yang terkenal dengan kumpulan Jambu sebelum ini dilihat bahagia bersama isterinya Nadia yang dikahwininya sejak tahun 2017. Namun sejak semalam, ada satu video di Tiktok menunjukkan Tauke memakai baju melayu putih bersama seorang wanita bernama Shu seakan sudah bernikah.