Biar jadi pengajaran, A Aida harap Mas Khan insaf bertaubat

2,931 views

Producer terkenal tanah air, Datuk A Aida amat bersyukur apabila keputusan mahkamah yang mendenda pelakon Mas Khan setelah akui bersalah atas dakwaan ambil tanpa izin duit kripto miliknya.

Aida mengharapkan kes berkenaan akan jadi pengajaran kepada semua orang di luar sana dan ini termasuk Mas Khan, walaupun pernah menganggap pelakon itu bagaikan adiknya sendiri.

Namunpun begitu, Aida menyatakan dia tak pun ada simpan sebarang dendam kepada Mas Khan dan berharap pelakon itu akan bertaubat. Ini kenyataan Aida.

“Saya syukur dengan keputusan dari pihak mahkamah dan nak ucap berterima kasih pada pihak polis sebab berjaya selesaikan kes ini. Saya harap kes ini akan menjadi pengajaran yang mana negara kita ini ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Siapa saja yang buat perkara salah pasti akan terima hukuman. Saya harapkan ianya jadi pengajaran juga buat Mas Khan yang mana sebelum ini saya pernah anggapnya umpama adik sendiri.

“Sebagai muslim, saya tak akan pasang dendam namun begitu saya mmg berharap sgt dia akan insaf selepas ini sebab kalau ikutkan dia masih muda dan ada masa depan yang panjang”.

Aida juga memberitahu sebenarnya dia tak ada masalah pun untuk mbil semula Mas Khan berlakon di bawah produksinya selepas ini.

Akan tetapi, dia tetap akan meneruskan saman sivil terhadap pelakon berkenaan di atas nasihat dari pihak peguam untuk buat tuntutan semula jumlah yang telah diambil oleh Mas Khan dan juga termasuklah ganti rugi kos di mahkamah.

“Tak ada masalah kalau saya nak amik dia kerja di bawah produksi saya lepas ini. Dalam masa yang sama, berdasarkan nasihat peguam saya, saman sivil terhadap dia akan diteruskan.

Sebelum ini, Mas Khan telah dikenakan denda sejumlah RM17 ribu setelah mengaku salah atas dakwaan ambil tanpa izin wang kripto milik Aida yang dianggarkan bernilah lebih dari RM200 ribu.