Kisah yang berlaku antara pelawak Ali dari kumpulan Puteh dan balu kepada arwah Abam dari kumpulan Bocey iaitu Nor Hidayah kini sekali lagi jadi tumpuan. Ini ekoran Ali ada buat satu kenyataan menyatakan dia amat rindu sebab dah lama tak tengok anak buahnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini dah pun berumur 11 bulan.
Apabial kes ini jadi bualan, pihak wartawan ada hubungi Hidayah untuk Tanya kenapa dia dan keluarga telah block Ali Puteh.
Namun, Hidayah tak nak jawab atau bagi sebarang komen tentang hal dalaman keluarganya dan juga Ali. Ini kata Hidayah.
“Untuk hal berkenaan, saya nak minta maaf banyak-banyak sebab saya tak nak bagi sebarang kenyataan tentang isu ini. Harapnya dapat doakan yang baik-baik buat saya, Hamzah dan family saya”.
Bercakap lebih lanjut tetang anaknya, Hidayah ada luah rasa pilu apabila lihat anak lelaki itu ada mencari dan kadangkala panggil bapanya, arwah Abam.
“Sekarang ini Hamzah sedang belajar dan nak berjalan, sambil tu dia ada tercari-cari ayahnya. Bila nampak foto ayahnya yang saya tampal pada dinding, perkataan pertama yang disebut oleh Hamzah ialah perkataan ayah.
“Pilu hati saya bila perkataan pertama yang disebut oleh Hamzah adalah ayah. Bila dia mahu tidur, selalunya dia akan peluk foto ayahnya dan kemudian baru tidur. Memang cerdik Hamzah ni”.
Hidayah memberitahu bahawa bulan puasa ini memang berbeza tanpa suami bersama di sisi.
“Suasana menyambut bulan Ramadan tahun ini berbeza sebab tak ada suami di sisi, sedih yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.
“Selalunya, ketika s sebelum waktu berbuka puasa, saya dan arwah suami selalu masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa, saling bantu membantu”.
Itulah komen dari Hidayah, apapun diharapkan agar kemelut antara Ali dan juga Hidayah akan kembali jernih.