“Bring it on” Respon Awal Ashaari setelah disaman RM3juta

8,248 views

Sebuat syarikat perabot yang agak popular iaitu Naz Carpentry tampil failkan saman kepada selebriti terkenal tanah air Awal Ashaari.

Tuntutan sebanyak RM3 juta difailkan ekoran dakwaan Awal Ashaari telah merosakkan imej syarikat berkenaan menerusi pendedahan yang dibuat oleh Awal Ashaari di laman IG. Ini kenyataan dari wakil kepada syarikat perabit tersebut.

“Awal Ashaari upload beberapa Instagram Stories yang mana didakwa telah memberi impak kurang baik kepada reputasi syarikat hiasan dalaman dan perabot berkenaan”.

Dikatakan surat telah dihantar kepada Awal Ashaari pada bulan Oktober namun tiada sebarang respon. Oleh itu, pihak Naz Carpentry failkan saman kepada pengacara berkenaan kerana dilihat bagaikan tak berminat nak selesaikan masalah berkenaan.

“Disebabkan surat tuntutan diberi kepada Awal Ashaari, cara yang betul ialah Awal Ashaari kena lantik peguam untuk respon terhadap notis berkenaan namun sampai hari ini, belum ada sebarang respon”.

Awal Ashaari telah memberi beberapa respon di laman Instagramnya melalui IG stories tentang isu ini.

Jelas pengacara Melodi ini, dia tak ada menerima sebarang surat dan telah melantik peguam untuk mengambil surat berkenaan.

Menerusi Ig yang dimuatnaik, Awal Ashaari turut mengatakan dia berada di pihak yang benar dan berani untuk lawan. Ini tulisnya.

“Saya tak pernah terima sebarang dokumen mahkamah untuk confirmkan hal ini (isu disaman RM3juta). Namun begitu saya dah meminta lawyer saya iaitu Azlan Abdul Razak untuk menerima sebarang dokumen bagi pihak saya. Berani kerana di pihak yang benar, bring it on”.

Selain itu, Awal Ashaari turut muatnaik dua keping foto menunjukkan kisah berkaitan dengan syarikat berkenaan. Salah satunya ialah perbualan antara Awal Ashaari dengan isteri kepada bos syarikat tersebut.

Kes antara Naz Carpentry dan Awal Ashaari ini nampaknya belum berakhir, diharap semuanya akan selesai secara damai antara kedua pihak.