“Bukan aku tepuk punggung laki kau pun” Ifa Raziah pula pertahan aksinya

1,524 views

Beberapa hari lepas, ada empat wanita yang menjadi tumpuan kerana tampil menerusi satu video yang mana mereka bertonggeng tayang asset punggung mereka.

Empat individu itu ialah Datuk Seri Vida, Kak KM atau Liana Rosli, ahli perniagaan Cheta Potpet, dan Ifa Raziah.

Setelah ianya jadi tular dan menerima komen yang kurang baik, akhirnya Ifa Raziah bersuara.

Bagi Ifa Raziah, dia tak ada pun buat perkara yang dilihat sebagai berlebihan atau keterlaluan. Ini komennya kepada Getaran.

“Kami hanya sekadar bergurau-gurau saja, bersenda antara rakan-rakan. Saya ni tak ada pun buat perkara yang agak melampaui batas. Tak ada pun selak kain ke baju ke sampai nampak benda yang tak patut.”

“Itu sebenarnya cara kami bergurau antara sahabat. Namun mungkin ada tanggapan orang lain dan berbeza-beza. Saya tak boleh nak stop kan cakap orang lain.”

“Lagi pula, yang tepuk menepuk itu perempuan dengan perempuan. Orang lain bertepuk kau tak nampak, yang aku tepuk kau nampak. Bukan suami kau yang tepuk punggung aku atau bukannya aku tepuk punggung suami kau. Kalau tu memang lainlah.”

Jelas Ifa Raziah, mereka memang mahukan video itu jadi viral agar orang tahu tempat event itu akan berlangsung.

“Kita semua buat video ini untuk viralkannya kerana kami nak semua orang tahu tentang tempat ini. Tempat yang kami berdiri dalam video itu adalah tempat yang kami nak buat event itu. Dulu tempat ni penjara Pudu, sekarang ianya jadi Grand Bazaar di Lala Port.”

Ifa Raziah tak ambil hati dengan komen orang ramai dan berkata jika ia viral, namanya juga yang akan naik.

“Video ini jadi tular, lantas menjadikan saya semakin terkenal, event yang saya anjurkan semakin berjaya. Terima kasih.”

Video yang menampilkan Ifa Raziah itu merupakan salah satu langkah untuk memperkenalkan Minggu Usahawan Negara 2022 yang bakal berlangsung di perkarangan Lala Port.