Aaisyah dah 8 tahun, bila nak tambah anak? Ini jawapan Rozita Che Wan

2,494 views

Hasil perkahwinan dengan actor Zain Saidin, Rozita Che Wan yang lebih dikenali dengan nama Che Ta mempunyai seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Kecantikkan Aaisyah Dhia Rana sememangnya memukau ramai mata yang memandangnya, mana tak nya, ibu dan bapa dua-dua pun kacak dan cantik orangnya.

Kini di usia Aaisyah sudah masuk ke umur 8 tahun, ramai tertanya, Che Ta tak nak tambah anak ke.

Ditanya tentang soalan menambah anak, Che Ta, 49 tahun, memberitahu, dia dan Zain tak ada plan untuk tambah anak, dan mahu fokus anak yang dah ada.

“Tak payahlah nak tambah anak. Biarlah kami ni hanya fokus untuk membesarkan anak-anak yang sedia ada ini.”

“Aaisyah Dhia Rana sekarang ni pun dah makin besar. Lagipun dia tak pernah minta nak adik. Syukur dengan rezeki yang dikurnia oleh Illahi.”

Selain Aaisyah, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki yang sudah berumur 20 tahun ke atas.

Anak sulung bernama Ammar Effendy, 26 tahun, manakala anak kedua Aniq Ezra, 24 tahun.

Jelas Che Ta, kedua anaknya kini dah pun ada kekasih hati, dan Che Ta pun terbuka jika akan terima menantu.

“Saya dah sedia nak menerima menantu kalau anak-anak saya mahu berkahwin. Sebagai ibu, saya selalu ambil tahu tentang hubungan cinta mereka.”

“Contoh sekarang ini saya tahu anak kedua, Aniq Ezra, dah ada kekasih, selalu saya minta dia tunjuk foto. Apapun, biar dia saja yang akan beritahu apabila dah bersedia nanti.”

“Sama juga dengan anak sulung, dia pun dah ada, dan saya selalu berbual dengan anaknya itu di laman media sosial.”

“Saya merupakan ibu yang faham dengan anak-anak.”

Rozita Che Wan berkata sedemikian ketika ditanya pihak media semasa berada di majlis persandingannya sempena anniverssar yang ke 10 tahun perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin, yang ditaja oleh rakannya Anas.