‘Bunga Raya’ juara The Masked Singer Malaysia, ini senarai penuh wajah disebalik topeng

22,555 views

Pada malam ini telah berlangsungnya pentas akhir untuk rancangan nyanyian the masked singer Malaysia.

Sebanyak 12 peserta telah menyertai rancangan ini dan dipentas final sebanyak 5 peserta yang tinggal untuk membuat persembahan.

Kesemua lima peserta memang hebat ketika final ini iaitu orang utan, bunga raya, wau, rajah brooke dan enggang.

Akhirnya keputusan dan wajah kesemua peserta dalam rancangan the masked singer Malaysia ini telah pun diketahui ramai.

Untuk musim pertama rancangan the masked singer Malaysia ini, ianya telah dijuarai oleh Aina Abdul yang menyanyikan lagu listen nyanyian asal Beyonce.

Naib juara adalah Vanessa Reynauld manakala tempat ketiga pula ialah orang utan iaitu penyanyi rap, Tuju.

Tempat keempat diduduki oleh Datin Alyah, penyanyi berusia 39 tahun. Manakala tempat kelima diduduki oleh Vince.

1 Bunga Raya: Aina Abdul penyanyi baru sedang meningkat naik.

2 Rajah Brooke: Vanessa Reynauld, bekas peserta Ceria Megastar.

3 Orang Utan: Tuju, rapper dari kumpulan K-Clique.

4 Wau:  Penyanyi Datin Alyah, isteri kepada Dato Ramli MS .

5 Enggang: Penyanyi Vince, bekas juara Akademi Fantasia musim pertama.

6 Rafflesia: Eina Azman, seorang pelakon jelita.

7 Reno: Chiwan Chilok, pelawak yang beberapa kali masuk Maharaja Lawak Mega.

8 Ayam Jantan: Hairul Azreen, pelakon filem aksi.

9 Musang King: Zain Hamid, ahli kumpulan Ruffedge, yang juga seorang pelakon.             

10 ABC: Yana Samsudin, pelakon filem Adnan Sempit dan juga seorang pengarah dan streamer game.

11 Rimau: Ebby Saiful, pelakon seangkatan dengan Azmil Mustapha. Popular dengan filem Ali Setan.

12 Nasi Lemak: Mirnawan Nawawi, penyanyi hoki berstatus lagenda.

Sebanyak sembilan orang juri cuba untuk meneka para peserta sejak minggu pertama. Mereka ialah Michael Ang, Aznil Haji Nawawi, Ella, Zizan, Angah, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Remy Ishak, dan Raja Azura. Namun dipentas akhir, Zizan tak dapat hadir dan diganti oleh Mark Adam.

Share this on...