Cantik rumah! Masya Mashitah beli rumah kedua di umur 21 tahun

2,224 views

Ada yang masih tak kenal dengan nama Masya Mashitah? Beliau merupakan selebriti yang telah mula menceburi bidang nyanyian sejak zaman kanak-kanak lagi.

Antara pencapaian yang dicapai ketika kecil ialah menjadi naib juara Bintang Kecil untuk RTM, dan kemudian telah bergelar sebagai juara Ceria Popstar musim kedua, rancangan reality nyanyian dari Astro.

Sejak itu, Masya mula mengembangkan bakatnya dan ternyata diterima dengan baik dalam bidang nyanyian. Antara lagu popularnya ialah lagu bergenre pop berjudul Halimunan.

Bahkan bakat Masya dihargai di peringkat antarabangsa apabila menang pertandingan Yippi Star Quest.

Bukan itu saja, Masya Mashitah kemudian menceburi bidang sebagai content creator melalui channel Youtube.

Boleh dikatakan channel Youtube yang dibuat oleh Masya Mashitah berjaya memiliki ramai follower tersendiri. Sehingga kini, ianya sudah memilik lebih 150 ribu subscribers. Antara content nya ialah cover lagu dan juga memasak.

Masya juga menceburi penjualan kuih dan makanan yang diturut dibantu ibunya.

Dalam perkembangan yang terbaru, kejayaan yang digapai ini telah membolehkan Masya Mashitah memiliki rumah kedua pada umur 21 tahun.

Pada hari ini, penyanyi yang berasal dari Kedah ini telah muatnaik foto gambar rumah barunya itu.

Masya Mashitah dilihat menerima fuse cut out (fius untuk elektrik) sebagai tanda telahpun bergelar tuan rumah kepada rumah tiga tingkat itu. Dari gambar memang cantik rumahnya itu.

Hal ini disahkan sendiri oleh Masya apabila ditanya oleh seorang followernya. “Yes betul ini rumah kedua saya.” Tulis Masya menjawab soalan follower.

Sebelum ini, pada usia baru 19 tahun, Masya Mashitah telah berjaya membeli sebuah rumah apartment atau condo dengan harga ketika itu RM300 ribu. Masya ada buat tour rumah pertamanya itu, ini videonya.

Masya Mashitah kini tinggal bersama ibunya di Kuala Lumpur dan ayahnya menjaga adik beradik yang lain di Kedah. Kejayaan Masya membeli rumah kedua ini wajar dijadikan inspirasi buat para remaja diluar sana.