“Cepat sikit hantar saman tu” Caprice kepada Ustaz Ebit Lew

3,093 views

Hari ini, ustaz Ebit Lew telah pun buat laporan polis setelah tular kenyataan wanita bernama Mondy. 

Mondy, wanita berasal dari negara jiran, pernah di bantu oleh Ebit Lew tak lama dulu. 

Malahan, Mondy juga telah mengikut Ebit Lew untuk datang ke Malaysia setelah kesnya menjadi tular. 

Namun, kini Mondy membuat pendedahan di sebalik kisah berkenaan. 

Pendedahan oleh Mondy itu dilakukan menerusi satu siaran milik penyanyi terkenal tanah air iaitu Caprice pada hari Jumaat yang lalu. 

Selain buat report, Ebit Lew juga menjelaskan bahawa beliau sudah pun menghubungi peguamnya untuk tindakan lanjut. 

Setelah Ebit Lew memberi kenyataan berkenaan, Caprice dilihat telah pun memberi respon balasnya. 

Jelas sekali, penyanyi ini tidak gentar malah meminta Ebit Lew untuk mempercepatkan proses menyaman. 

Jelas Caprice, pihak Mondy juga boleh menyamannya semula kerana sudah ada bukti. 

Ini komen dari Caprice tentang isu ini. 

“Salam Ebit Lew jika boleh cepat sikit hantar surat saman tu.”  

“Ini supaya pihak Mondy boleh juga hantar saman semula sekali dengan buktinya.”  

Dalam pada itu, Caprice berkata sesi temubual dengan Mondy akan ditayangkan pada hari Jumaat depan. 

Apabila ditanya sama ada pihak Caprice mahu menjemput Ebit Lew untuk ulas isu Mondy ini, ini reaksi dari Caprice. 

Pertanyaan dari warga maya: “Cap, apa kata jemput pula ustaz Ebit Lew untuk buat podcast ni, tak sedaplah dengar cerita sebelah pihak saja.” 

Ini jawapan dari Cap: “Pembantu, PA dia pun tak berani, apatah lagi tuan punya badan.” 

Sehingga kini, Caprice amat giat dalam bidang podcast dan banyak isu semasa yang tular telah menjadi topik. 

Antaranya, kes Abang Tesla beristeri dua, isu pelakon terkena buatan orang dan juga kes melibatkan Dai Syed.