“Shuib sendiri yang menolaknya” Shuib tak izinkan Watie berlakon

8,301 views

Kini dah hampir tiga bulan Watie Hanifiah bergelar isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu. 

Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan pada bulan Jun lalu. 

Sejak berkahwin, saham Watie meningkat naik dan menjadi tumpuan orang ramai. 

Malahan Watie juga mempunyai ramai peminat dan jika dilihat, laman medianya sudah mencecah lebih 700 ribu orang. 

Bukan itu saja, Watie juga telah dilamar oleh sebuah produksi untuk menjadi pelakon. 

Namun begitu, Watie mendedahkan bahawa suaminya, Shuib, tidak memberi keizinan kepadanya untuk bergelar pelakon.  

“Saya akui memang sudah ada ditawarkan untuk berlakon tetapi saya terpaksa menolaknya. Baru saja tolak satu tawaran darip pihak Zeel Productions minggu lepas.” 

“Sebenarnya Shuib sendiri yang reject. Tawaran berlakon itu melibatkan saya dan juga anak perempuan iaitu Dekta.”  

Jelas Watie lagi, Shuib hanya membenarkan sekiranya isterinya itu hanay terlibat untuk iklan atau video singkat saja. 

“Shuib kata jikalau untuk buat video review tu boleh, iklan pun boleh.” 

“Namun jika nak berlakon mahu pun hal berkaitan dengan televisyen, dia memang kata tak boleh.” 

Shuib juga tidak memberi izin anaknya untuk terlibat dalam dunia lakonan ketika ini, sungguhpun Talita atau nama manjanya, Dekta menunjukkan minat mendalam untuk menjadi pelakon.   

“Dekta memang teringin, dia memang nak. Lagi pula pula pihak produksi memang nak sangat Dekta berlakon. Mereka siap dah bagi skrip apa semua.” 

“Akan tetapi bila tanya daddy, Shuib terus tak benarkan.” 

“Walaupun produksi kata akan ikut jadual Dekta, tapi Shuib tetap dengan pendiriannya.” 

“Tapi pihak produksi masih tunggu jawapan mana tahukan Shuib berubah fikiran.”  

Watie berkata, Shuib sedar betapa sibuknya untuk terlibat dalam dunia lakonan ini. 

“Shuib buat semua ini demi kebaikan juga, ini kerana dia sendiri dah tahu betapa penatnya bergelar sebagai anak seni terutama terlibat dalam dunia lakonan.” 

Menjadi tumpuan ini sudah tentu ada yang suka dan sebaliknya, kata Watie, dia sedar semua itu namun hanya fokus yang baik-baik saja. 

“Saya tak kisah jika ada yang kurang minat atau tak suka dengan saya, apa yang paling penting ialah suami suka dan family suka.” 

“Memang malas nak fikirkan hal itu, baik saya fokuskan diri pada family saya.” 

Itulah kata-kata dari Watie tentang hal ini.