Che Puan Khaleeda akan guna segala kuasa untuk pastikan Bella dapat pembelaan

10,588 views

Kes seorang kanak-kanak kelainan upaya, kini sedang mendapat perhatian orang ramai dan ini termasuk juga dari kalangan selebriti di Malaysia.

Baru-baru ini pelakon terkenal Izara Aishah telah memberi kan pendapat tentang tindakan serta prinsip peguam-peguam.

Kata Izara, seorang peguam, terutama mereka yang beragama Islam, kenalah berpegang dengan prinsip undang-undang berasaskan agama ini.

Pelakon ini meluahkan rasa hatinya melalui tweet yang mengatakan peguam patutnya ada limit serta had dan berpegang pada agama.

“Pendapat saya, rasanya peguam Islam patut ada had dan berpegang pada prinsip asas Islam, kan.”

“Anda tak perlu lah nak bersetuju dengan individu yang melakukan kesalahan, semata-semata nak membuktikan anda ni seorang yang bijak.”

“Lebih baik lindungi reputasi anda dan sekurang-kurangnya jagalah maruah anda.”

Memang ramai yang menyokong Izara dalam soal ini. Ini komen serta tweet dari Izara Aishah.

Selain itu, isteri kepada Tunku Mahkota Johor iaitu Che Puan Khaleeda antara mereka yang lantang bersuara tentang kes melibatkan Bella.

Kata Che Puan Khaleeda, dia akan sedaya upaya mahukan agar kes Bella ini diberikan keadilan secukupnya.

“Saya akan gunakan segala kuasa yang saya ada ini untuk memastikan Bella akan dapat pembelaan yang sewajarnya.”

“Dah penat melihat pengecut ini ingat mereka boleh buat apa saja kepada anak yang tak berdaya ini, dan ingat mereka boleh lepas begitu saja.”

“Kamu boleh menyorok di belakang para peguam kamu, tetapi balasan akan terjadi juga di dunia dan juga di akhirat kelak.”

Ini komen penuh dari Che Puan Khaleeda.

Kes melibatkan kanak-kanak bernama Bella ini sememangnya membuatkan ramai kurang berpuas hati apatah lagi melihat adegan beberapa peguam yang mewakili tertuduh, yang ada berposing serta berwajah ceria sambil buat mini love dan tanda tangan peace.