Kenapa anak Halim Othman, Myra Natasha guna nama “binti Abdullah”

50,117 views

Nama Halim Othman memang amat dikenali ramai. Popular sebagai penyampai radio Era dan juga Suria, nama Halim juga sinonim dengan rancangan Roda Impian.

Semalam, satu berita yang mengejutkan ramai telah dibuka yang mana pelakon dan pengacar baru, Myra Natasya mendedahkan dirinya sebenarnya merupakan anak tunggal kepada Halim Othman.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang kisah Halim Othman yang ramai tak tahu.

Malahan, antara tanda tanya yang turut timbul ialah apabila Myra Natasya sebenarnya berbintikan Abdullah bukannya Halim.

Dari selidikan netizen, nama sebenarnya Myra ialah Yusmyra Natasya Binti Abdullah.

Akhirnya tuan punya badan tampil menceritakan dan memberi jawapan kepada semua tanda tanya ini.

Jelas Myra, ayahnya Halim Othman telah bernikah dengan ibunya, Yusnita Omar di negara jiran Thailand. Pernikahan berlangsung pada tahun 1994.

Selang setahun selepas itu, pada tahun 1995, Myra telah selamat dilahirkan.

Rumah tangga Halim Othman dan juga Yusnita tidak berkekalan dan hanya bertahan selama empat tahun saja. Selepas empat tahun mereka berpisah. Itulah kisah perkahwinan Halim Othman dengan ibu kepada Myra Natasha.

Tentang namanya yang menggunakan nama binti Abdullah, ini penjelasan lanjut dari Myra.

“Tentang nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah, saya guna ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di negara jiran, Thailand.”

“Bapa saya kahwin sebelum dia jadi seorang public figure, iaitu pada tahun 1994, mereka kemudian berpisah semasa umur saya tiga tahun.”

“Dia ada kata tak mahu cerita kerana ketika itu dia baru berpisah dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu nak cerita hal yang tak berkaitan dengan kerjaya.”

Dari laporan Mstar pula, difahamkan perkahwinan antara Halim dan Yusnita tak didaftarkan di Malaysia.

Tentang mengapa baru sekarang dia bercerita tentang dirinya yang merupakan anak Halim Othman, jelas Myra, sebab baru sekarang ayahnya beri kebenaran.

“Sekarang ni baru my dad approved. Sebelum ini ayah saya kata kena buat sendiri, nak masuk dunia seni ni kena atas usaha sendiri.”

“Saya dah buktikan saya tak perlukan cable atau tumpang nama ayah.”

“Dan kenapa umumkan sekarang kerana saya dah 27 tahun, mungkin saya akan kahwin nanti jadi tak elok untuk saya terus berpura-pura.”

Myra Natasha menjelaskan dia dah bertanya ayahnya banyak kali, dan akhirnya barulah Halim Othman setuju pada tahun ini.

“Saya tanya ayah kalau orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu. Kali ini dia kata okey cakap jelah. Saya menangis sebab itu bukan pertama kali saya minta kebenaran, dah banyak kali, mungkin dah 18 kali.”

Itulah kisahnya Myra Natasha anak kepada Halim Othman