Cik Non disahkan meninggal dunia, dulu pernah viral kerana wajah mirip Shuk Sahar

18,421 views

Dulu, wanita ini pernah beberapa kali menjadi tular kerana wajahnya yang mirip dan seakan pelawak Shuk Sahar.

Wanita ini bernama Cik Non, yang pernah tampil dengan video yang turut diperkatakan ketika itu.

Cik Non yang merupakan ahli perniagaan, beberapa kali menviralkan barangan niaga nya dengan video di laman media sosial terutama di Facebook.

Melalui satu berita yang baru diterima, Cik Non kini disahkan sudah pergi menghadap Illahi, pergi buat selamanya.

Perkhabaran tentang Cik Non atau nama betulnya, Norshahadah Aisyah disahkan menghembuskan nafas terakhir menerusi satu video dari suaminya sendiri.

Suaminya menyatakan bahawa isterinya telah meninggal dunia sekitar jam 3.45 pagi tadi, hari ini.

“Isteri saya iaitu Norshahadah yang selalu membawa watak Cik Non, telah mengehmbuskan nafas terakhirnya pada jam tiga empat puluh lima pagi tadi.”

“Saya dari pihak dia, ingin meminta maaf jika ada ada terkasar bahasa kepada semua, dan kalau ada apa yang Cik Non buat dengan kamu semua, silalh maafkan dia ye.”

“Mungkin saya tak akan buat live semasa pengebumiannya nanti.”

Dari beberapa posting, ada yang memaklumkan bahawa Cik Non terkena jangkitan kuman di bahagian otaknya selepas dimasukan ke Hospital Kajang.

Sebelum itu, Cik Non mengadu cirit dan birit dan dirawat sebelum telah ditidurkan oleh doktor.

Cik Non sebelum ini amat terkenal dengan video yang memperlihatkan dirinya memakai baju berwarna pink dan berambut blonde semasa buat live.

Telah disarankan sekiranya ada video yang menunjukkan telatah Cik Non sebelum ini dapatlah memadamnya semula. Sama-sama kita doakan agar Cik Non atau nama penuhnya Norshahadah Aisyah akan ditempatkan di kalangan antaar mereka yang beriman, amin.