Pak Hamid Gurkha disahkan pergi buat selamanya

3,707 views

Satu berita duka telah diterima. Pelakon senior yang amat hebat dan terkenal tanah air Hamid Gurkha telah disahkan pergi buat selamanya petang ini.

Pak Hamid Gurkha atau nama penuhnya Abdul Hamid Bin Abdul Rahman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.11 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Berita ini dilaporkan sebentar melalui satu laporan dari Melodi TV3 sebentar tadi. Ini berita yang tertulis.

“Assalammualaikum. Dengan secara berdukacitanya mahu dimaklumkan bahawa pelakon dan pelawak Pak Hamid Gurkha, 88 tahun, telah pun kembali ke Rahmatullah jam 2.11 petang di HTAR, Klang.”

“Doakan semoga arwah Hamid Gurkha akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.”

“Semoga tuhan akan ampuni dia, memberi rahmat pada dia, serta maafkan dia, memuliakan kematianya, melapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal buat dirinya.”

Sedikit info, Hamid Gurkha, merupakan pelakon yang amat terkenal dengan telatah spontannya di kaca TV. Aksi yang bersahaja membuatkan ramai gelihati menonton lakonannya.

Baru-baru ini, Hamid Gurkha beberapa menjadi topik di beberapa portal apabila dikatakan kurang sihat setelah positif Covid.

Melalui beberapa laporan, tiada yang kronik dihidapi oleh Hamid Gurkha cuma yang jelas, pendengarannya tak berapa baik dan perlu bercakap dengan sedikit kuat.

Pada minggu lalu, dilaporkan Hamid Gurkha telah dimasukkan ke HTAR, Klang kerana batuk berkahak.

Salam takziah diucapkan buat family Hamid Gurkha. Sama-sama kita doakan agar Hamid Gurkha akan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, amin.