“Bagitahu dia, suruh lawyer dia cepat sikit, dah bertahun tak saman2 juga” ~ Ira Kazar tak takut

6,443 views

Ini perkembangan terkini tentang kes melibatkan perkahwinan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof engan pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Melalui satu posting di laman IG story, Puteri Sarah Liyana mendedahkan satu mesej yang mana Ira Kazar dilihat tidak sediit pun khuatir dengan tindakan penfailan saman dari pihak Puteri Sarah Liyana.

Dari mesej berkenaan, Ira Kazar dilihat bagaikan cuba mencabar Puteri Sarah untuk mempercepatkan proses berkenaan.

Mesej berkenaan diterima oleh Puteri Sarah Liyana menerusi seorang peminatnya.

Ini yang ditulis oleh Ira Kazar di mesej berkenaan: “Engkau pergilah bagi tahu pada dia (Puteri Sarah), yang aku ni tidak takut pun dengan dia. Suruh lawyer dia tu cepat sikit buat kerja. Kitorang ni dah meluat sangat nak melayan drama saman dia ni. Dah bertahun juga lah dia ni sembang namun tak buat-buat juga. Dia ni nak sangat perhatian, sama lah macam kau.”

Kemudian menjawab komen dari Ira Kazar, Puteri Sarah memberitahu ada sebab kenapa dia tak menyaman Ira Kazar sejak beberapa tahun yang lalu. Puncanya ialah kerana bapa Ira Kazar iaitu pelakon dan penyanyi Kazar.

“Bangun pagi saya ada terima satu mesej daripada netizen. Sebenarnya agak kelakar juga sebenarnya. Yang first, bertahun saya tak jadi nak saman dulu adalah kerana kasihankan ayah dia. Dulu, saya memang tak mahu besarkan hal ini.”

“Yang keduanya, yang mahukan perhatian tu ialah dia. Bukanya saya. Dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini.”

Ini mesej yang dimuatnaik oleh Puteri Sarah Liyana.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia dan Syamsul Yusof masih lagi berstatus suami dan isteri.

Malah Syamsul Yusof juga masih lagi menjaga family nya terutama anak-anak dan sering datang berjumpa dengan anak mereka berdua.

Puteri Sarah Liyana juga menyatakan, kali ini, dia akan meneruskan untuk menfailkan dan menyaman Ira Kazar.