Cuba teka mana satu Pakya, mana satu kembarnya?

1,186 views

Nama Pakya atau Ilya Buang Shaharum memang dah tak perlu diperkenalkan lagi, satu Malaysia pun dah kenal. 

Terkenal setelah menyertai rancangan Sinaran Passport Kegemilangan, Pakya menyinar bersama kumpulan lagenda Senario. 

Kini Pakya telahpun menertai kumpulan yang amat dikenali ramai iaitu Sepahtu yang turut menampilkan nama besar seperti Jep, Rahim, dan anggota lama iaitu Shuib dan Mamat. 

Berbalik untuk topik kali ini, kita mahu bercerita sedikit tentang satu video yang membuat ramai tertanya tanya. 

Mungkin ramai dah tahu, tetapi masih ada yang tak tahu bahawa Pakya ni sebenanrya ada pasangan kembar. 

Pakya ada kembar iaitu abangnya yang bernama Yang Sharkawi Shahrum. 

Dari video berkenaan, pelawak yang berumur 55 tahun ini dilihat tampil sedang duduk bersama kembarnya itu bersebelahan di sebuah kedai makan, atau warung. 

Melihat dari wajah mereka berdua, memang kembar seiras dan ramai yang mula tertanya tanya mana satu Pakya dan mana satu kembarnya. 

Ramai yang tak dapat nak meneka atau membezakannya. 

Ini videonya yang dimuatnaik oleh akaun bernama Usoppgahai. 

Untuk jawapan yang mana satu Pakya, sebenarnya dalam video tersebut, Pakya memakai baju putih bercermin mana, manakala abangnya iaitu Yang Sharkawi memakai pakaian gelap. 

Melihat keterampilan Yang Sharkawi yang amat jelas, kembar kepada Pakya ni seorang yang dihormati ramai. 

Yang Sharkawi merupakan seorang guru dan pegawai pendidikan, dan kini beliau memegang jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah di Perak. 

Pakya dulu pun pernah berkata bahawa kembarnya itu pun sama macam dirinya iaitu mempunyai minat dalam bidang seni terutama menyanyi dan berlakon, tetapi abang kembarnya itu lebih memilih kepada bidang pendidikan. 

Diruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kedua mereka dalam video yang sama, dan berharap Pakya dan abang kembarnya, Yang Sharkawi dapat buat cameo dalam rancangan Sepahtu Reunion.