Pendedahan terkini, jiran dan kelab peminat arwah Abam jadi saksi, berpihak kepada Hidayah

9,612 views

Nampaknya kisah melibat pelawak Ali Puteh dan juga Hidayah, iaitu balu arwah Abam masih lagi belum berakhir. 

Setelah isu menabur garam dan dakwaan melakukan amalan syirik, timbul pula isu rumah terbiar dan juga pembayaran saman secara ansuran. 

Setelah melihat banyak episod berbalas antara pihak Ali Puteh dan juga pihak Hidayah, akhirnya kali ini ada lagi pendedahan dari pihak lain. 

Sejak kes ini jadi bualan, ada sekumpulan peminat arwah Abam tampil memberi komen. 

Komen ini agak mengejutkan juga apabila mereka mendakwa ada perbuatan yang kurang baik dilakukan oleh adik beradik arwah Abam. 

Antaranya ialah ketika arwah baru saja meninggal dan berkaitan dengan wang derma. 

Pihak peminat berkata mereka nampak semua yang berlaku. 

Selain itu, keadaan ketika jenazah mahu masuk ke van juga diungkit semula, yang mana Hidayah tidak dapat ikut serta sama kerana orang lain pula yang naik. 

Hal ini dimuatnaik semula oleh individu bernama Zainuddin iaitu adik kepada Hidayah. 

Ini pendedahan yang dibuat. 

“Hal salah seorang adik beradik kaut duit dalam tabung tu apa cerita, ramai je saksi.” 

“Satu lagi hal di masjid, rampas duit derma dari Dayah, fan Abam semua nampak.” 

“Kami ni fans Abam selalu juga datang rumah dan lepak sekali dengan kak Dayah, tahulah yang mana permata.” 

Dalam pada itu, Zainuddin juga menunjukkan beberapa komen dari individu yang dikatakan jiran kepada arwah Abam. 

Dari komen berkenaan, jelas jiran-jiran ini lebih berpihak kepada Hidayah. 

Mereka nafi ada ternampak pihak Hidayah menabur garam seperti yang didakwa oleh Ali Puteh. 

Selain itu jira-jira ini juga berkata, mereka tahu ketika itu memang ada orang di dalam rumah, dan mereka keluar sebaik saja Hidayah pulang dari melawat rumah berkenaan. 

Ini paparan komen dari jiran-jiran rumah Abam. 

“Dayah ni tak ada nak menipu pun, Ali yang busuk hati.” 

“Tak nampak pula Dayah ada tabur barang, yang kami nampak korang ada dalam rumah, dan keluarh rumah sebaik Dayah pulang.” 

Itulah sedikit update tentang reaksi orang luar iaitu jiran dan juga kelab peminat Arwah Abam tentang isu Hidayah dan juga Ali Puteh ini.