“Mudahkan urusan saya” Hidayah tak setuju dengan kaedah ansuran Ali Puteh

4,114 views

Balu kepada arwah Abam Bocey, iaitu Siti Norhidayah tampil membuat kenyataan berkenaan pembayaran saman oleh Ali Puteh sebanyak RM60ribu yang diperintah oleh pihak mahkamah. 

Hidayah telah membuat gesaan agar pelawak berkenaan untuk membayar jumlah yang ditetapkan itu kepadanya dengan segera. 

Ini sekaligus menolak tindakan dari Ali Puteh yang mahu membuat pembayaran secara ansuran. 

Kaedah secara ansuran itu tidak disetujui oleh Hidayah atas beberapa faktor. 

Antaranya temph yang lama sudah diberi kepada kepada pihak Ali Puteh untuk membayar saman berkenaan. 

Selain itu, faktor lain ialah Hidayah mahu fokus untuk meneruskan kehidupan dengan anaknya dan perniagaannya.  

Hidayah juga tak mahu perkara lain terjadi atau ada sebarang isu berbangkit yang lain. Ini kenyataannya dari laporan Harian Metro.

“Saya memang tak bersetuju dengan kaedah dibayar secara ansuran sebabnya hal ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama.” 

“Malah pihak peguam saya juga dah hantar notis dan beri waktu selama 21 hari untuk mendapatkan kerjasama dari pihak Ali namun pihak di sana tak beri jawapan.”   

“Dengan ini, saya mahu tegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran. Ini juga kerana saya tak mahu lagi ada hal yang tak diingini terjadi supaya tak ada benda yang akan berbangkit. Lagi pula hal ini merupakan satu perintah mahkamah yang amat jelas.” 

“Kini saya juga nak fokus dengan kehidupan saya bersama anak, Hamzah serta perniagaan yang saya buat.”  

Hidayah meminta pihak Ali memudahkan semua urusannya untuk membayar saman berkenaan. 

“Oleh itu, saya meminta untuk dipermudahkan urusan saya dan bayarlah dengan kadar segera.”  

Jelas Hidayah lagi, dia akan mengetengah perkara ini jika pihak Ali masih melengahkan urusan. 

“Perkara ini akan diketengahkan sekiranya pihak di sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama.” 

Dalam pada itu, Hidayah juga nafi bahawa peguamnya ada menerima sebarang surat dari pihak Ali Puteh seperti yang diperkatakan oleh pelawak berkenaan.