“Cukup-cukuplah tu, sudahlah” Pu Riz

14,751 views

Pencetus Ummah Haris Ismail atau PU Riz menjadi terkenal setelah berkahwin dengan Neelofa. Menjadi suami kepada salah seorang selebriti popular di Malaysia, PU Riz turut menerima tempias popularity.

Dek kerana dah popular, ada yang muatnaik cerita lucu tentang Pu Riz ini dan antaranya ialah wajah Pu Riz yang sama dengan seorang lelaki lain, seorang lelaki dari Bangladesh.

Jika sebelum ini PU Riz hanya cool, namun kali ini suami Neelofa ini telah menegur tindakan mereka yang suka menjadikan diirinya sebagai bahan dan suka bandingkan wajahnya dengan orang lain. Gambar ada di bawah, sila baca sampai habis.

Kata Pu Riz, perbuatan itu langsung tak bagus dan tak jaga sensitivity kerana beri peluang untuk orang lain mengata dan memberi komen kurang baik.

Ini komen dari Pu Riz tentang isu ini. “Cukup-cukuplah, sebenarnya jika boleh, saya nak diam saja tak nak jadi perhatian. Selalunya saya biarkan saja.

Tak apa jika kita nak buat jenaka, lawak, kelakar akan tetapi ini dah sampai tahap kita buka ruang dan peluang untuk orang berkata-kata, perkataan yang tak elok kepada orang lain.

Tahu ini hanya mungkin lawak jenaka tapi kenalah juga jaga sensitiviti, jangan sampai nak buka ruang untuk orang berkata yang tak elok.

Saya faham ia mungkin lawak dan sebagainya tapi kena jaga sensitiviti, jangan buka ruang untuk orang berkata yang tidak perlu.

Ada banyak lagi benda lain kita boleh buat. Ceritalah perkara yang baik dan beri faedah berbanding asyik nak cakap hal yang tak elok seperti ini.

 “Saya faham ianya satu bahan yang kelakar namun jika dah sampai melibatkan maruah, sudah tentu kita kena pertahankannya.

Dalam agama pun ada suruh kita jaga kebajikan antara manusia.

Itulah komen dari Pu Riz tentang orang yang asyik bahan diinya dengan seroang warga asing.