Pelakon Reen Rahim mahu menjadi anak yang baik dan mendengar kata ibu bapanya dan keluarganya.
Sejak menjadi selebriti, Reen berkata ibu dan ayahnya memang ada rasa bimbang, khuatir dia akan rosak. Namun Reen yakin dia sentiasa berada di landasan yang tepat dan akan ingat kata-kata dari family.
Bagi Reen Rahim, sokongan keluarga amat penting buat dirinya.
“Buat ibu bapa, anak-anak akan sentiasa berada di landasan yang betul apabila dia jalani hidupnya dengan redha dan doa dari ibu bapa. Berlaku jujur dengan diri sendiri, berdoa dan ikutlah kata hati.”
Ini imbasan dari Reen semasa mula join satu rancangan realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia 8 tahun lepas.
“Lapan tahun yang lalu, ibu ayah hantar saya masuk di Angkasapuri RTM dan rasa penuh gundah gulana. Di waktu malam semasa kemas barang, ibu menangis semahu-mahunya.”
“Ketika kakak tanya, ibu jawab dia takut saya jadi rosak dan akan lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan yang tak baik.”
Ini kerana selalu saja ada laporan tentang perbuatan artis atau selebriti di ruangan gosip dan juga berita, sekaligus membuatkan ayah Reen risau.
Reen berkata dia memang benar-benar mahu menjadi pelakon dan kakaknya yang tenangkan ibu dan juga ayahnya.
“Saya anak ibu. kadangkala ibu dan ayah kena dengar cakap saya. Sebab bila saya cakap nak, tiada siapa yang boleh halang. Ketika itu, kakak yang tenangkan ibu, ayah dan keluarga.”
“Syukur alhamdulillah, saya sama saja, tak lupa diri. Tak ada acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan kat warung, konon nak lepak tempat mahal saja dan berkawan dengan orang tertentu. Lambat lagi macam tu. Kisah pula aku dengan semua benda tu.”
Reen Rahim mula masuk ke dunia lakonan setelag menjadi juara rancangan Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012.