Lagu bajet RM500ribu, Iqbal reject Caprice

14,436 views

Jejaka yang menjadi terkenal setelah mempunyai hubungan Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli kini menjadi bualan ramai lagi. Kali ini Iqbal memasang impian untuk menjadi penyanyi pula.

Malahan Iqbal benar-benar mahu idea itu direalisasikannya dan bersedia dengan bajet sebanyak setengah juta Ringgit.

Ini sekaligus membuatkan ramai composer yang mahu menghasilkan lagu buat Iqbal, ini termasuklah Caprice.

Namun begitu, Iqbal merasakan idea dari Caprice tidak dapat diterimanya, tak sesuai dengan dirinya.

“Selepas saya offer bajet sebanyak RM500,000 untuk buat lagu saya, ada ramai komposer dan penyanyi yang dah offer nak buatkan. Malahan ada antara mereka yang pernah buat lagu untuk penyanyi terkenal seperti lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza.”

“Sebentar tadi saya ada mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu untuk saya namun begitu selepas kami berbincang, saya rasa macam tak sesuai untuk saya.”

“Ini kerana, Caprice cadang nak buat lagu genre hiphop atau dangdut, walhal saya nak lagu jiwang tangkap leleh berkaitan putus cinta.”

Bukan saja dari Malaysia, malah Iqbal turut menarik minat dari negara jiran, Indonesia.

“Satu lagi wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang contact saya nak buat lagu. Memang terus saya pening, nak pilih siapa ni kerana semuanya bagus belaka. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik kerana modal pun besar.”

Bajet sebanyak setengah juta Ringgit itu ditawar oleh Iqbal untuk buat lagu dan juga video muzik, dan lagu itu berkisar kisah percintaannya dengan Datuk Seri Vida yang tidak jadi berkahwin.

“Saya mahu lagu jiwang yang mampu sentuh hati semua orang, dan melalui lagu itu orang akan faham perasaan saya sekarang ini. Kisah tak jadi kahwin dengan Datuk Seri Vida saya abadikan dalam lagu itu.”

“Tidak sabar nak pilih komposer yang sesuai, saya yakin semua orang pun tak sabar nak dengar suara saya dan ketahui isi hati saya.”

Selain itu Iqbal juga nafi dia tak boleh menyanyi, kerana dia bekas penyanyi nasyid peringkat negeri.

Memang tak sabar nak dengar lagu mendayu dari Iqbal. Kita tunggu beberapa bulan lagi.