Cukup sempurna bagi saya, ini luahan Sharnaaz

3,373 views

Kisah perkahwinan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa sering jadi bualan ramai. Umum tahu mereka berdua dah banyak kali naik mahkamah untuk selesaikan hal tentang status rumah tangga mereka. Namun semuanya tergendala seketika ekoran perintah kawalan pergerakkan yang dibuat oleh kerajaan. Kes rumah tangga mereka tergantung buat seketika.

Bagaikan ada hikmah, dapat dilihat hubungan antara Sharnaaz dan Nabila seakan kembali jernih. Sebelum ini pelakon filem Juvana ini ada ucapkan selamat hari ibu kepada isterinya itu.

Kemudian, Sharnaaz juga memberitahu ketika ini dia akan amalkan  perkongsian penjagaan anaknya Jebat bersama Noor Nabila.

Dan yang terbaru, Sharnaaz Ahmad dilihat telah upload gambar raya bersama Noor Nabila dan anak tersayang.

Gambar sempena sambutan hari raya aidil fitri memperlihatkan mereka keluarga sedondon memakai baju warna sama iaitu biru muda.

Sementara itu, Nabila turut dilihat muatnaik gambar bersama Sharnaaz dan Jebat di laman Ig miliknya.

Bagi Sharnaaz, hubungan mereka ketika ini dianggapnya sebagai sempurna. Jom baca caption dari Sharnaaz.

Dah cukup sempurna dah untuk diri aku. Ba sayang kamu anakku, hal tentang mommy and baba letak tepi, dan kami berdua sayang sangat kat kamu. We love u so much. Jebat Jayden Ba ucapkan selamat hari raya sayang. Dan tak lupa kepada Nabila juga, super mother to my boy.”

Kepada semua orang yang selalu doakan kebahagian aku, anda pasti akan dapat reply ini di hp anda, ya kepada semua yang selalu like dan beri doa. Semoga Allah akan lipat ganda rezeki kalian, beri bahagia pada kalian, dimudahkan setiap urusan. Setiap dari anda yang telah selalu doakan untuk saya, kini saya pula akan doakan kepada anda supaya anda semua diberkati oleh Nya. Amin.”

Memang ramai yang menulis respon apabila Sharnaaz muatnaik gambar bersama Nabila dan Jebat. Rakan artis turut gembira dengan perkembangan Sharnaaz dan keluarganya.

Antara yang tulis komen yang baik-baik ialah seperti Beto Kusyairi, Aliff Satar, Nabila Razali, Fasha Sandha, Shuib Sepahtu, Fizz Fairuz, Janna Nick, Achey dan ramai lagi.

Ramai yang mendoakan agar mereka berdua iaitu Sharnaaz dan Noor Nabila bersatu kembali.