Dah hujung tahun, ramai tanya bila majlis nikah Dr Azra Diera, ini alasan Azri Iskandar

1,114 views

Sebelum ini pelakon dan pengarah, Azri Iskandar ada berkata akan berkahwin dengan wanita bernama Dr Azra Diera pada huung tahun 2022 ini. 

Kini dah pun masuk bulan Disember, dan ramai yang mahu tahu bilakah agaknya perkahwinan antara Azri iskandar dan Dr Azra Diera akan berlangsung. 

Apabila ditanya oleh pihak media, akhirnya Azri iskandar menyatakan apa yang sedang terjadi. 

Jelas Azri Iskandar, dia akui ada sedikit kekangan kerana duit yang dikumpul untuk majlis perkahwinannya masih lagi tak cukup. 

Azri Iskandar yang kini berumur 54 tahun berkata, harapnay orang ramai akan mendoakannya dan dimurahkan rezeki agar cepat duit dapat dikumpulkan untuk bernikah dengan gadis idamannya itu. 

“Pada mulanya, memanglah kami dah plan buat majlis semasa cuti sekolah iaitu pada Disember tahun ini. Doakan saya dan Azra dapat banyak rezeki termasuklah tawaran untuk berlakon sebab kami janji mahu buat secepat yang boleh. Sebab duit saya ni masih lagi belum mencukupi.” 

“Saya tengah plan apabila sampai saja cuti sekolah duit saya akan cukup. Namun, saya dan Azra mungkin tak jadi kahwin pada tahun ini.”  

“Lagi pula saya sedang sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun.” 

Azri Iskandar juga menjelaskan hubungan dengan Dr Azra Diera masih lagi utuh. 

“Jikalau betul dia merupakan jodoh saya, memang saya sayang dia dan syukur sebab setakat ini dia pun sayang saya lagi. Apapun, doakan kami.” 

“Pasal janji itu tayang wajahnya itu dan apabila majlis dah selesai nanti, pastinya gambar pun akan ada. Ambil banyak-banyak dan cantumkan sampai jadi besar.” 

Azri iskandar juga menafikan dirinya seorang buaya darat seperti yang dilabel sesetengah pihak. 

“Dari mana gelaran itu pun tak tahu. Jikalau lelaki gatal atau buaya darat ni mesti ada mangsa kan, tetapi siapa yang pernah jadi mangsa tu. Jangan nak menuduh saja.” 

Sebelum ini, Azri Iskandar berkata di dan wanita bernama Dr Azra Diera telah pun mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lepas di Perlis selepas berpisah dengan bekas isteri, Ellie Suriaty pada bulan Mei.